Dengan kelaziman Internet, banyak urusan dan transaksi kita telah pun beralih ke dalam talian. Semakan dan pembayaran bil nyata lebih mudah dengan e-bil yang dihantar terus ke e-mel. Malah, cara ini juga lebih mesra alam kerana kita telah mengurangkan penggunaan kertas.
Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd turut menyediakan kemudahan ini kepada pelanggannya. Jom daftar e-bil IWK bagi menikmati kemudahan di hujung jari anda. Kemudahan e-bil ini akan memudahkan pelanggan IWK membuat semakan dan membayar bil IWK secara dalam talian.
Tidak perlu risau lagi, jika bil lewat diterima. Tidak lagi perlu bersusah payah mencari bil pembetungan IWK atau meredah kesesakan lalulintas untuk membuat bayaran di kaunter-kaunter bayaran. Hanya klik di www.iwk.com.my untuk mendaftar dan membuat bayaran secara dalam talin.
Lebih menarik, Peraduan IWK e-Bil Jer! kini berlangsung sehingga 15 Disember 2022. Sertai peraduan ini dan anda berpeluang untuk memenangi kereta Proton Saga dan pelbagai hadiah menarik lain termasuk Smart TV Prism+, Macbook Pro, Smartwatch Samsung dan Fitbit, kerusi urut Ogawa, dan tablet Huawei.
Peraduan ini serupa kempen ahli-mencari-ahli (member-get-member) – pastikan anda telah mendaftar untuk e-bil IWK, kemudian anda boleh mengajak pelanggan IWK yang lain mendaftar untuk e-bil IWK juga. Lebih banyak pendaftaran di bawah kod rujukan anda, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.
Kelayakan – untuk menyertai peraduan ini, anda mestilah:
i. Berdaftar dengan IWK e-bil
ii. Warganegara Malaysia
iii. Berumur 18 tahun dan ke atas
iv. Pelanggan di bawah kategori domestik sahaja.
Menyertai peraduan IWK e-Bil Jer! mudah aje – hanya tiga langkah:
Langkah 1:
Anda perlu mengajak rakan atau keluarga anda untuk mendaftar untuk e-bil IWK dengan menggunakan ID keahlian anda sebagai kod rujukan (ID keahlian ini boleh didapati di profil akaun IWK anda).
Keluarga/rakan yang dirujuk perlu mendaftar e-bil melalui web IWK: https://www.iwk.com.my/register atau aplikasi IWK, dan masukkan ID keahlian anda pada kotak kod rujukan. Anda juga digalakkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi IWK untuk menikmati perkhidmatan yang mudah ini.
Bilangan rujukan minimum untuk menyertai peraduan ini adalah seorang (1) sahaja. Namun, lebih ramai keluarga dan rakan yang anda rujuk bagi pendaftaran e-bil IWK, lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.
Langkah 2:
Pastikan anda tidak mempunyai bayaran tunggakan. Sebarang tunggakan dengan IWK perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum, semasa dan selepas tempoh peraduan.
Langkah 3:
Anda akan menerima e-mel automatik daripada IWK pada setiap pendaftaran yang berjaya.

Pemenang peraduan akan dipilih dan dimaklumkan melalui e-mel dan panggilan telefon. Pengumuman juga akan disiarkan di laman media sosial rasmi IWK (Facebook, Instagram, Twitter, Tik Tok) dalam tempoh 30 hingga 40 hari bekerja dari tarikh tempoh peraduan berakhir. Tunggu apa lagi, e-bil Jer!
Layari https://www.iwk.com.my/eBil-jer/ untuk maklumat lanjut.

