malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Kandungan Berjenama
Ingin membina empayar fesyen sendiri? Dapatkan tip berguna untuk mulakan perniagaan.
Diterbitkan:  Jul 19, 2022 10:07 AM
Dikemaskini: 10:20 AM

Bagi individu yang suka membeli-belah, destinasi ibu kota Kuala Lumpur sememangnya ibarat syurga. Oleh itu, sesiapa yang mengunjungi KL, jangan lupa untuk singgah di KWC Fashion Wholesale terletak di Pudu, tidak jauh dari ‘Segitiga Emas’ KL.

Dibuka pada tahun 2011, KWC Fashion Wholesale yang juga dikenali sebagai “Kenanga Wholesale City” merupakan pusat membeli-belah borong fesyen pertama dan terbesar di Malaysia.

Mempunyai lebih daripada 800 kedai, KWC menawarkan produk tempatan berkualiti seperti fesyen pakaian terkini, aksesori, kasut, beg, produk kecantikan dan barangan keperluan pada harga yang berpatutan di bawah satu bumbung. Jika anda ingin membuat majlis, KWC mempunyai pelbagai aksesori untuk majlis-majlis khas seperti perkahwinan dan perayaan.

Selain membeli-belah, KWC Fashion Wholesale juga menawarkan pilihan makanan tempatan dan minuman. Pengunjung boleh memilih untuk menjamu selera di medan selera di tingkat 7 atau gerai mesra pelanggan yang terletak di setiap tingkat.

Hub Fesyen Muslimah

Dengan trend masa kini, kita boleh menyaksikan fesyen muslimah semakin dikenali dan kebanyakan koleksinya mendapat sambutan yang hangat daripada penggemar fesyen muslimah mahupun orang ramai. 

Anda boleh mendapati pelbagai koleksi pakaian muslimah terdiri daripada pelbagai jenis rekaan tudung dan abaya yang berkualiti, dijual di beberapa butik di KWC. 

Pemborong dialu-alukan untuk berkunjung ke KWC untuk memborong pelbagai pakaian pada harga yang berpatutan.

Di KWC, pemborong boleh mendapatkan barang dengan harga jauh lebih berpatutan berbanding dengan pembekal tempatan. 

Untuk perniagaan yang sedang bersiap sedia untuk jualan dalam talian seperti promosi 9.9, 10.10, 11.11, jualan akhir tahun dan lain-lain, para pemborong digalakkan untuk mendapatkan stok barangan dari KWC!

6 tips untuk memulakan kedai menjual pakaian dalam talian dengan stok dari KWC!

1. Untuk memulakan perniagaan pakaian, anda perlu mempunyai permit dan lesen untuk menjalankan perniagaan.

2. Siapakah sasaran pasaran? Apakah jenis pakaian yang anda ingin jual? Jika kurang pasti, jalankan tinjauan dan kajian untuk memilih segmen pasaran yang sesuai.

3. Tentukan jenis model perniagaan yang ingin digunakan untuk kedai dalam talian, sama ada pakaian label peribadi, potong dan jahit khas, ‘dropshipping’ atau lain-lain.

4. Dapatkan inventori dan stok perniagaan dari KWC Fashion Wholesale.

5. Kenal pasti strategi pemasaran e-mel dan media sosial, pengoptimuman mesin pencari, pilihan nama domain, pensijilan SSL, bina templat kedai dan siapkan proses pembayaran anda.

6. Kedai pakaian dalam talian anda kini bersedia untuk menjana wang dalam talian.

Tips paling penting selepas membuka perniagaan atas talian adalah untuk sentiasa tumpukan perhatian kepada maklum balas pelanggan supaya dapat memenuhi keperluan pelanggan anda.

Penghantaran yang laju

Jangan risau! Jika anda memesan pakaian atau barang lain dari KWC secara online, anda boleh mendapatkan barangan dengan cepat, kerana KWC mempunyai pelbagai perkhidmatan bungkusan seperti J&T Express, Pos Laju, Best Express, Flash Express, Ninja Van, ABX Express, Post Store, MBE dan Parcel Hub di ‘Lower Ground’ dan ‘Ground floor’.

Walaupun hanya menawarkan perniagaan borong sahaja, KWC Fashion Wholesale juga berfungsi sebagai pusat beli-belah yang lengkap untuk memulakan perniagaan anda! Dapatkan semuanya di KWC Fashion Wholesale hari ini!

Layari web di SINI bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan butik di KWC Fashion Wholesale.

Drama Proposal Untuk Hani dibawakan oleh KWC Fashion Wholesale yang mengisahkan tentang kisah komedi romantik. Hani dipaksa untuk berpura-pura menjadi Amanda (rakan karib Hani) untuk menghadiri sesi blind date bersama Danish (CEO pusat beli-belah). Namun, identiti sebenar Hani terbongkar dan Danish sudah mula jatuh hati kepadanya. Tonton drama ini di Facebook KWC Fashion Wholesale https://www.facebook.com/KWCfashionwholesale/ . Pada masa yang sama, ketahui jenis perniagaan borong yang ditawarkan di KWC.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!