malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Kandungan Berjenama
Rumah idaman anda diluar capaian? Luaskan jangkauan anda dengan IOIXtend.
Diterbitkan:  Apr 28, 2022 2:35 PM
Dikemaskini: Jul 19, 2022 10:24 AM

Pemilikan rumah merupakan komitmen kewangan yang besar. Proses memilih dan membiayai hartanah penuh cabaran dan boleh menjadi sangat menggerunkan, lebih-lebih lagi bagi pembeli rumah kali pertama. Sesungguhnya, terdapat banyak pertimbangan selain mencari rumah idaman di kawasan kejiranan yang bagus.

Bolehkah anda mendapatkan pinjaman dan mampu membayar ansuran bulanan? Bagaimana pula dengan kelengkapan rumah, dan jaminan kecacatan? Selain itu, terdapat juga perbelanjaan tersembunyi seperti duti setem untuk memorandum pemindahan (MOT), dan yuran guaman untuk pinjaman dan perjanjian jual beli – mampukah anda membayar kesemuanya?

Usah risau. IOI Properties Group Berhad (IOIPG) menghulurkan lebih daripada sekadar bantuan untuk mendapatkan harta idaman anda – sama ada hartanah kediaman maupun komersial. IOIPG sentiasa mengikuti aliran pasaran semasa dan menawari penyelesaian inovatif untuk menyelesaikan isu biasa yang dihadapi oleh pembeli hartanah.

Kini, dengan IOIXtend, harta idaman dan gaya hidup yang anda impikan selama ini boleh menjadi kenyataan dengan mudah. Dapatkan rumah atau bangunan komersial anda daripada IOIPG dan nikmati jaminan lebih jangka waktu, bantuan kewangan lanjutan, dan lebih faedah tanpa banyak kerenah!

Sila lihat and teliti projek-projek hartanah di bawah kempen IOIXtend. IOIPG menawarkan pelbagai jenis hartanah dalam pembangunan bersepadunya di Lembah Klang termasuk IOI Resort City di Putrajaya, Bandar Puteri Puchong, Bandar Puchong Jaya, Bandar Puteri Bangi, Warisan Puteri Sepang dan 16 Sierra, serta Bandar Putra Kulai, Marina Cove, The Platino dan Taman Kempas Utama di Johor. Terdapat sejumlah 32 projek yang mengambil bahagian di Lembah Klang dan 12 di Johor, termasuk tiga projek komersial di setiap lokasi.

Kemasukan sifar

Nikmati yuran tempahan yang rendah dan yuran guaman percuma untuk perjanjian jual beli (SPA) untuk rumah idaman anda. Walaupun Kempen Pemilikan Rumah (HOC) telah tamat, IOIPG masih menawarkan pembeli hartanahnya duti setem percuma ke atas MOT untuk meringankan beban kewangan mereka.

Bantuan kewangan

Sudah temui rumah idaman anda tetapi tiada pinjaman bank untuk jumlah yang anda perlukan? Kini dengan IOIXtend, anda boleh manfaatkan pembiayaan tanpa faedah sehingga 30% daripada harga hartanah untuk tempoh sehingga 10 tahun. Dengan kemudahan ini, anda boleh memilih jumlah pinjaman bank yang lebih rendah, dan justeru itu membayar faedah yang lebih rendah dan ansuran yang lebih rendah setiap bulan.

Pembiayaan tanpa faedah selama 10 tahun serta MOT percuma adalah penjimatan yang sungguh istimewa. Penjimatan ini boleh anda salurkan untuk menghiasi rumah sesuai dengan citarasa anda. Ini semua adalah tambahan kepada kelengkapan percuma seperti kabinet, penyaman udara dan peralatan elektrik yang diberikan kepada sebilangan rumah IOIPG terpilih.

Percuma: yuran penyelenggaraan selama 2 tahun

Pembeli hartanah strata juga akan menikmati bayaran penyelenggaraan (maintenance fee) percuma selama dua tahun. Ini merupakan satu lagi penjimatan yang boleh disalurkan untuk melengkapkan rumah idaman anda.

12 bulan jaminan lanjutan

Seperti semua pembelian yang agak mahal, hartanah baru anda disertakan dengan tempoh jaminan (warranti). Di bawah Akta Pembangunan Perumahan Malaysia (HDA), tempoh waranti, yang dikenali sebagai tempoh liabiliti kecacatan (atau defect liability period, DLP), menjangkau 24 bulan dari tarikh anda menerima kunci.

Dengan IOIXtend, tarikh jaminan ini dilanjutan selama 12 bulan lagi – hartanah IOIPG yang dibeli semasa kempen IOIXtend akan diberi jaminan lanjutan terhadap kebocoran air serta paip dan pendawaian terbenam selama 12 bulan.

Ini bukan sahaja memberikan ketenangan fikiran kepada pembeli selama setahun lagi, ia juga merupakan jaminan tambahan terhadap keyakinan IOIPG terhadap kualiti produknya.

Waranti lanjutan sememangnya dialu-alukan, kerana pembeli hartanah sering dibiarkan terkontang-kanting apabila menghadapi kerosakan/kecacatan, terutamanya apabila ia berlaku selepas tempoh liabiliti kecacatan tamat. Kontraktor mahir sukar dicari, dan pembeli tidak mempunyai kepakaran teknikal untuk mengetahui sama ada kecacatan itu diperbaiki dengan betul atau tidak. Dengan IOIXtend, pembeli boleh menarik nafas lega kerana IOIPG kini terus meminjamkan kepakaran dan sumber mereka kepada pembeli untuk menangani segala masalah yang bakal dihadapi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ioiproperties.com.my/ioixtend atau singgah di salah satu Galeri IOI di Lembah Klang dan Johor.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!