Kuala Lumpur, 26 Ogos 2025 – KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare”) dan LAC Medical Supplies Sdn Bhd (“LAC Medical Supplies”), anak syarikat LAC Med Berhad, telah memeterai kerjasama strategik untuk melaksanakan Enterprise Picture Archiving and Communication System (“PACS”) merentasi 30 rangkaian hospitalnya di seluruh negara. Upacara menandatangani perjanjian yang diadakan di Menara KPJ hari ini menandakan satu peristiwa penting dalam transformasi digital KPJ Healthcare di bawah KPJ Health System dengan pelaksaan penuh disasarkan dalam tempoh 24 bulan.
Sistem PACS baharu daripada Philips dibekalkan dan dilaksanakan oleh LAC Medical Supplies, akan menghubungkan hospital KPJ pada satu platform pengimejan yang direka untuk menyokong akses selamat. Penyelesaian itu akan membolehkan kerjasama antara doktor, direka untuk menyokong kecekapan diagnostik dan integrasi dengan aplikasi pesakit KPJ Cares, memberikan kemudahan kepada pesakit untuk mengakses kepada keputusan pengimejan perubatan mereka dengan lebih selamat.
Projek ini adalah berdasarkan model dipacu hasil yang menyelaraskan pelaburan teknologi kepada keputusan klinikal dan operasi yang boleh diukur sambil mempercepatkan penggunaan penyelesaian penjagaan kesihatan termaju di seluruh rangkaian hospital KPJ.

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Inisiatif ini menandakan satu peristiwa penting dan satu langkah ke hadapan dalam perjalanan transformasi KPJ Health System yang mengukuhkan langkah kami ke arah model penjagaan yang lebih berhubung dan berpusatkan pesakit. Dengan menghubungkan pengimejan perubatan di semua 30 hospital dan dipautkan pada aplikasi KPJ Cares, kami meningkatkan akses pesakit dan menyokong pelaburan yang lebih cekap. Pelaburan ini bukan sahaja dalam teknologi, tetapi dalam kualiti, keselamatan dan pengalaman penjagaan yang kami berikan kepada pesakit dan komuniti kami.”
”LAC berbannga untuk menyokong program pengimejan perusahaan KPJ sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi digital mereka,” kata Encik Liew Yoon Poh, Ketua Pegawai Eksekutif, LAC Medical Supplies. “Pendekatan berasaskan langganan ini direka untuk menyampaikan nilai yang boleh diukur dari segi kecekapan klinikal, pengalaman pesakit dan prestasi operasi.”
“Philips berbangga untuk menyokong KPJ dengan teknologi Enterprise PACS generasi terkini kami yang dibina untuk kelajuan, keselamatan dan kebolehskalaan,” kata Dr Shez Partovi, Ketua Pegawai Inovasi & Ketua Pemimpin Perniagaan, Philips. “Platform kami membolehkan akses imej masa nyata merentas perusahaan, menyokong diagnostik yang didayakan AI dan memperkemas aliran kerja radiologi, membantu doktor membuat keputusan yang yakin dan meningkatkan hasil pesakit.”

Penyelesaian PACS daripada Philips menyediakan platform terpusat yang selamat untuk menyimpan, mengakses dan berkongsi data pengimejan perubatan di seluruh hospital KPJ. Dengan analisis dipacu AI, alat visualisasi lanjutan dan penyepaduan yang lancar, sistem akan meningkatkan ketepatan diagnostik, memperkemas aliran kerja dan menyokong kerjasama masa nyata. Dibina dengan ciri keselamatan dan pematuhan yang teguh, ia melindungi kerahsiaan pesakit sambil membolehkan pertumbuhan berskala.
Perkongsian ini mencerminkan komitmen KPJ Healthcare terhadap inovasi berterusan di bawah KPJ Health System di mana penjagaan klinikal, pendidikan dan penyelidikan disatukan untuk memajukan hasil dan mengukuhkan landskap penjagaan kesihatan swasta Malaysia.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]

