KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar menerusi empat anugerah di ESG Positive Impact Awards 2024, anjuran Star Media Group. Anugerah tersebut mengiktiraf syarikat-syarikat di Malaysia yang telah menerap amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (“ESG”) dalam operasi perniagaan mereka.
Bertanding buat pertama kalinya dalam kategori ‘Large Companies’, KPJ Healthcare adalah antara organisasi yang menerima pengiktirafan terbanyak pada tahun ini. Kemenangan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan terhadap penjagaan kesihatan yang bertanggungjawab dan amalan perniagaan yang mampan.
Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Kami berbesar hati dengan pengiktirafan ini yang mencerminkan dedikasi Team KPJ dalam memacu pertumbuhan yang mampan dan inklusif. Anugerah ini mengukuhkan komitmen kami untuk mencipta nilai jangka panjang buat pesakit, pekerja, alam sekitar dan komuniti. ESG kini menjadi teras kepada cara kami beroperasi dan berkembang. Ia mencorakkan perjalanan transformasi kami di bawah KPJ Health System dan memandu usaha kami untuk menyediakan penjagaan yang lebih baik, memperkukuh perkongsian ilmu serta membina masa depan yang lebih lestari untuk Kumpulan.”

KPJ Healthcare dinobatkan Anugerah Emas bagi kategori Kesihatan dan Kesejahteraan yang menumpukan fokus terhadap kesejahteraan pekerja. Pengiktirafan itu menyerlahkan nilai budaya Kumpulan yang dipacu oleh prinsip C.A.R.E. (Komited, Bertanggungjawab, Hormat-menghormati dan Cemerlang), penglibatan kakitangan yang aktif dan sokongan kesihatan mental yang tersedia.

Kumpulan juga telah memperoleh Anugerah Perak untuk kategori Transformasi yang mencerminkan komitmennya untuk menerapkan amalan ESG ke dalam operasinya melalui inisiatif seperti Rangka Kerja Kelestarian Penjagaan Kesihatan Hijau dan transformasi berterusan di bawah KPJ Health System.
Dalam kategori Tenaga Boleh Diperbaharui, KPJ Healthcare meraih Anugerah Perak untuk penggunaan penyelasaian tenaga bersih, termasuk projek solar atas bumbung dan penyertaan dalam Tarif Elektrik Hijau (“GET”). Inisiatif ini telah menyumbang kepada pengurangan jejak karbon Kumpulan.
Hospital Pakar KPJ Klang menerima Anugerah Perak bagi kategori Pengurusan Bakat sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusannya dalam membangunkan bakat dan memperkukuh keupayaan mengekalkan tenaga kerja. Anugerah ini mencerminkan strategi pengurusan sumber manusia berasaskan data serta komitmen hospital dalam memastikan penglibatan warga kerja yang menyeluruh.

Pencapaian ini membuktikan komitmen KPJ Healthcare terhadap kemampanan, inovasi digital dan penjagaan berpaksikan rakyat. Melalui KPJ Health System yang mengintegrasikan penjagaan klinikal, pendidikan dan penyelidikan, Kumpulan terus meningkatkan standard penjagaan di seluruh negara disamping mengukuhkan amalan ESG di seluruh operasinya.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif kemampanan KPJ Healthcare, layari https://kpj.listedcompany.com/sustainability.html.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]

