Human Resource Development Corporation (HRD Corp), melalui Jabatan Wilayah Tengah – Sektor Baharu, dengan kerjasama Trustwired Malaysia dan kepakaran teknikal daripada EcoGarage, telah menganjurkan bengkel pengkomposan ‘Grow Together: From Waste to Wonder’ yang pertama kali diadakan untuk komuniti B40. Bengkel ini merupakan sebahagian daripada Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 yang bertujuan melengkapkan peserta dengan kemahiran hijau yang praktikal bagi menyokong kelestarian hidup dan menjana peluang pendapatan baharu.

Bengkel separuh hari yang diadakan di Flat Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara ini mencerminkan komitmen bersama oleh HRD Corp dan rakan kongsinya untuk menggalakkan amalan pembelajaran sepanjang hayat yang inklusif serta meningkatkan kemahiran. Dengan mengintegrasikan kemahiran berfokuskan kelestarian seperti pengkomposan dan pengurusan sisa ke dalam ekosistem latihan Malaysia, inisiatif ini menyokong pemerkasaan komuniti dan pertumbuhan ekonomi hijau negara.
Bengkel ini telah berjaya memperkasa sejumlah 100 peserta daripada golongan B40 dengan teknik pembelajaran pengkomposan secara amali, membantu mereka mengubah sisa makanan di rumah menjadi kompos yang boleh dimanfaatkan semula. Selain menggalakkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar, program ini juga memperkenalkan peluang untuk berdikari dan potensi penjanaan pendapatan melalui kemahiran hijau.

Program ini turut menampilkan ucaptama oleh Dr. Azizul Amar Rahmat, Penyelaras TVET Damansara, bersama sesi perkongsian pakar dan aktiviti pengkomposan yang bersifat interaktif. Ini telah memupuk penglibatan komuniti yang kukuh dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang amalan lestari.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Puan Geetha Ganesan, Ketua Wilayah Tengah - Sektor Baharu HRD Corp; Tuan Hj Sharuddin Ab Hamid, Pengarah Ekonomi & Hartanah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); Encik Nasrullah Ghazaly, Ketua Komunikasi Korporat & Perhubungan Perniagaan, Trustwired Malaysia; dan Encik Fadzli Din, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Sri Cempaka bersama ahli komuniti, pakar latihan hijau daripada EcoGarage dan para pegawai Wilayah Tengah-Sektor Baharu, HRD Corp.

Melalui inisiatif ini, HRD Corp dan rakan kongsinya berusaha membantu menghubungkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan amalan hidup lestari serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi hijau Malaysia dari peringkat akar umbi.
Inisiatif hijau bersifat akar umbi ini menunjukkan betapa NTW 2025 mampu memberikan impak komuniti yang bermakna dengan pembinaan daya tahan harian dan menyumbang kepada matlamat kelestarian Malaysia yang lebih luas.

NTW 2025 ialah inisiatif kemahiran utama Malaysia di bawah inisiatf ASEAN Year of Skils (AYOS) 2025 yang berusaha mengukuhkan kerjasama serantau dalam pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran. Dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 14 Jun 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, NTW 2025 telah melepasi sasaran kebangsaan sebanyak satu juta penyertaan dengan merekodkan lebih 3.2 juta penyertaan.
Lebih daripada 71,000 kursus sedang ditawarkan di bawah tema ‘Pembelajaran Tanpa Sempadan’, dengan menyediakan peluang latihan percuma dan mudah diakses kepada rakyat Malaysia merentasi pelbagai komuniti dan sektor, mengukuhkan budaya pembelajaran sepanjang hayat di peringkat nasional.
Untuk maklumat lanjut mengenai NTW 2025 dan untuk mengakses kursus latihan percuma sepanjang tahun, layari www.nationaltrainingweek.gov.my
Kandungan ini disediakan oleh HRD Corp
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]

