malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
KPJ Healthcare Lancar AiNOVATION 2025 untuk Pacu Penjagaan Kesihatan Masa Depan yang Inklusif
Diterbitkan:  Jun 16, 2025 12:28 PM
Dikemaskini: 4:28 AM
ADS

KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) hari ini melancarkan secara rasmi ‘AiNNOVATION 2025’, sebuah acara pameran inovasi dan penglibatan kesihatan awam yang berlangsung selama empat hari dari 12 hingga 15 Jun di 1 Utama Shopping Centre.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Jamaliah Binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, merangkap Ahli Dewan Negeri Bandar Utama, yang hadir bagi pihak Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Amirudin Shari. Kehadirannya mencerminkan kepentingan inovasi penjagaan kesihatan sebagai agenda bersama yang menyatukan sektor awam, swasta dan dasar.

Team KPJ mengambil gambar kenangan bersama Yang Berhormat Puan Jamaliah Jamaluddin dan rakan-rakan kongsi yang mengambil bahagian ketika majlis pelancaran AiNOVATION 2025, bertempat di 1 Utama Shopping Centre.

Bertemakan Memacu Inovasi dan Keterangkuman Melalui AI, AiNOVATION 2025 menzahirkan komitmen KPJ terhadap Care for Life melalui penyelesaian yang lebih bijak dan berfokuskan manusia. Ia adalah sebahagian daripada perjalanan transformasi berterusan Kumpulan melalui KPJ Health System, yang bertujuan untuk menyampaikan penjagaan yang lebih bersalingkait dan berpusatkan pesakit di seluruh rangkaiannya. KPJ Health System ialah rangka kerja bersepadu yang menyelaraskan penjagaan klinikal, pendidikan dan penyelidikan di seluruh Kumpulan untuk meningkatkan standard dan mengukuhkan penyampaian penjagaan kepada pesakit.

Sorotan utama acara ini ialah Reruai Perjalanan Pesakit, di mana pelawat boleh merasai sendiri bagaimana teknologi menyokong setiap langkah penjagaan, daripada pra-kemasukan hingga fasa pemulihan. Panduan perjalanan interaktif ini menampilkan inovasi seperti diagnostik berasaskan AI, pemulihan robot, rekod kesihatan digital dan sistem hospital pintar, yang dipersembahkan dengan cara yang menarik dan boleh diakses untuk semua pelawat.

YB Puan Jamaliah Jamaluddin berpeluang mencuba sendiri sebuah peranti realiti terimbuh di salah satu reruai di AiNNOVATION 2025.

Melengkapkan pameran ini ialah pelbagai aktiviti kesihatan dan kesejahteraan yang direka khas untuk keluarga dan individu dari semua peringkat umur. Ini termasuk saringan percuma, sesi Zumba, permainan kesihatan, cabaran robotik untuk kanak-kanak, demo memasak dan hadiah menarik. 

Chin Keat Chyuan, Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, "AiNOVATION adalah lebih daripada sekadar acara. Ia menawarkan gambaran tentang bagaimana KPJ Healthcare sedang berkembang mengikut peredaran masa, dengan melabur dalam keupayaan digital, memupuk bakat masa depan melalui Universiti KPJ Healthcare (KPJU) dan menerapkan inovasi ke dalam cara kami bekerja dan berkhidmat. Kami percaya inovasi mesti mempunyai tujuan yang jelas. Ia perlu membawa kepada hasil yang lebih baik untuk pesakit, peralatan yang lebih baik untuk ahli klinikal dan akses yang lebih baik untuk masyarakat.”

Selain aktiviti kesihatan dan kesejahteraan, pengunjung boleh menikmati hadiah dan tawaran menarik.

Acara itu turut menampilkan penyertaan daripada hospital-hospital KPJ di seluruh negara, Universiti KPJ Healthcare, Pusat Penyelidikan & Inovasi KPJ, dan pasukan Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2025, yang mencerminkan pendekatan bersepadu KPJ terhadap penjagaan kesihatan yang bersedia untuk masa hadapan.

AiNOVATION 2025 dibuka kepada orang ramai sehingga Ahad, 15 Jun 2025, di 1 Utama Shopping Centre (Aras Bawah, Centre Court). Kemasukan adalah percuma. 


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!