malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
AGC: Permohonan PM rujuk isu perlembagaan bukan beri kekebalan peribadi
Diterbitkan:  Jun 1, 2025 12:07 PM
Dikemaskini: 4:07 AM
ADS

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengambil maklum kenyataan awam berkaitan permohonan oleh YAB Perdana Menteri untuk merujuk beberapa soalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Pemerhatian awal AGC, soalan-soalan yang dirujuk tersebut tidak bertujuan untuk mewujudkan kekebalan mutlak bagi mana-mana individu. Sebaliknya, soalan-soalanitu membangkitkan isu perlembagaan yang baharu dan belumpernah diputuskan, khususnya yang berkaitan dengan hubungan antara litigasi sivil dan keupayaan seorang Perdana Menteri yang sedang memegang jawatan untuk melaksanakanfungsi Eksekutifnya dengan berkesan.

Lapan soalan tersebut merangkumi, antara lain:

a. sama ada tindakan sivil berkaitan perbuatan sebelum memegang jawatan boleh diteruskan sekiranya ia menjejaskan keupayaan Perdana Menteri untukmentadbir;

b. sama ada Perlembagaan secara implikasi memerlukan semakan ambang kehakiman dalam kes-kes seperti ini; dan

c. sama ada Perkara 5(1), 8(1), 39, 40, dan 43 Perlembagaan Persekutuan menyokong perlindungan prosedural bagi menjaga pemisahan kuasa dan kestabilan institusi.

Ini adalah soalan struktur mengenai tadbir urus perlembagaan, bukansoalanmengenai kekebalan peribadi. Proses rujukan perlembagaan diwujudkanbagi membolehkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan membuat penentuanyang muktamad terhadap isu-isu sebegini.

AGC menghormati integriti mekanisme perlembagaan ini dan akan menilai sebarangpermintaan untuk campur tangan berdasarkan merit undang-undangdankepentingan awam, bukan sentimen yang berbaur politik.

AGC menegaskan bahawa sebarang keputusan mengenai kesan peruntukanPerlembagaan adalah terletak sepenuhnya dalam bidang kuasa MahkamahPersekutuan menurut Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan.


Kandungan ini disediakan oleh Jabatan Peguam Negara Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen