malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare Terima Anugerah Kepimpinan CEO Cemerlang ASEAN
Diterbitkan:  May 26, 2025 6:43 PM
Dikemaskini: 10:43 AM
ADS

KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) dengan berbesar hati mengumumkan bahawa Presiden & Pengarah Urusannya, Chin Keat Chyuan, telah dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Cemerlang CEO ASEAN dalam Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan di Forum Kepimpinan dan Perkongsian ASEAN 2025.

Anugerah tersebut diberikan sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan berwawasan Chin dalam menerajui KPJ Healthcare ke arah menjadi sebuah organisasi berteraskan tujuan dan berfokuskan pesakit, selari dengan aspirasi ASEAN untuk pertumbuhan yang inklusif, inovatif dan mampan.

Sejak dilantik pada September 2023, Chin telah mengetuai agenda transformasi yang komprehensif, memfokuskan bukan sahaja pada prestasi kewangan, tetapi turut memberi tumpuan kepada perubahan budaya, kecemerlangan operasi dan penciptaan nilai untuk pemegang kepentingan, Di bawah kepimpinannya, KPJ telah menjalankan inisiatif penjenamaan semula di peringkat Kumpulan, merekodkan keputusan kewangan yang tertinggi dan membangunkan KPJ Health System – rangka kerja bersepadu yang menggabungkan kecemerlangan klinikal, penyelidikan dan pendidikan perubatan di seluruh Kumpulan.

[KEDUA DARI KIRI] Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare menerima Anugerah Kepimpinan CEO Cemerlang ASEAN dalam Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan di Forum Kepimpinan dan Perkongsian ASEAN 2025 yang berlangsung di InterContinental Kuala Lumpur semalam.

KPJ Healthcare turut memperkukuh komitmennya terhadap inovasi perubatan melalui perluasan ekosistem kesihatan digital serta penerapan penggunaan teknologi canggih. Antara inisiatif penting termasuk pelaksanaan program pembedahan robotik di rangkaian hospital KPJ bagi meningkatkan hasil klinikal, keselamatan dan pengalaman pesakit secara keseluruhan.

“Pengiktirafan ini bukan milik saya seorang,” kata Chin Keat Chyuan. “Ia mencerminkan dedikasi seluruh warga KPJ Healthcare dan sokongan padu kami terima daripada Lembaga Pengarah dan pemegang saham kami. Bersama-sama, kita bukan sahaja mentransformasi sistem, tetapi juga membentuk semula cara berfikir dengan menerapkan budaya kerja yang meletakkan pesakit, doktor, warga kerja, rakan strategik dan alam sekitar sebagai teras utama. Misi kami jelas: untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bukan sahaja cemerlang, tetapi juga berteraskan nilai kemanusiaan, dipacu data dan mampan.

Forum yang bertemakan “Unleashing ASEAN’s Potential Through Innovative, Inclusive and Sustainable Growth,” telah berlangsung semalam di InterContinental Kuala Lumpur dan dianjurkan bersama oleh KSI Strategic Institute for Asia Pacific, ASEAN Economic Club (AEC), ASEAN Business Advisory Council (ASEAN-BAC) dan ASEAN Business Club (ABC). Ia turut dianjurkan bersama oleh China Daily dan disokong oleh World Digital Chamber (WDC).

Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf kepimpinan Chin, malah turut mengukuhkan komitmen KPJ Healthcare dalam memajukan sektor penjagaan kesihatan di Malaysia dan rantau ASEAN.

Sebagai peneraju sektor kesihatan swasta di Malaysia, KPJ Healthcare memainkan peranan penting di peringkat serantau menerusi kerjasama strategik dalam penganjuran Persidangan Malaysia International Healthcare (“MIH”) Megatrends 2025, sebuah inisiatif nasional yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. MIH merupakan platform utama yang menghimpunkan pemimpin penjagaan kesihatan, penggubal dasar dan inovator dari seluruh ASEAN bagi merangka masa depan penyampaian perkhidmatan kesihatan. Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan KPJ dalam memupuk pertukaran ilmu, kerjasama serantau dan pelaburan dalam penjagaan kesihatan yang berasaskan nilai serta berfokuskan pesakit.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!