malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
Focus Point Raikan Pembukaan Cawangan ke-200! Satu Pencapaian Besar Menjelang Ulang Tahun ke-36.
Diterbitkan:  May 9, 2025 10:11 AM
Dikemaskini: 2:11 AM
ADS

Focus Point Holdings Berhad, rangkaian runcit optikal terkemuka di Malaysia, dengan bangganya meraikan pembukaan rasmi cawangan optikal ke-200. Satu pencapaian penting yang mencerminkan lebih tiga dekad pertumbuhan berterusan, inovasi, dan komitmen terhadap kesihatan mata seluruh rakyat Malaysia.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Pengerusi Focus Point Holdings Berhad dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pencapaian bersejarah bersempena Ulang Tahun ke-36 Focus Point yang bakal tiba, menunjukkan legasi jenama yang berterusan serta visi untuk mentransformasikan landskap penjagaan mata di seluruh negara.

“200 cawangan bukan sekadar angka. Ia adalah bukti dedikasi, ketahanan, dan kepercayaan yang telah kami bina bersama komuniti,” kata Dato’ Liaw Choon Liang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point Holdings Berhad. “Pencapaian ini mengukuhkan misi kami untuk menjadikan perawatan mata profesional lebih mudah diakses, lebih canggih, dan lebih berkesan, terutamanya dalam usaha kami mendidik masyarakat tentang kepentingan pemeriksaan mata secara berkala dan menangani isu seperti miopia yang semakin meningkat.”

Berpandukan Visi, Memperkasa Komuniti

Daripada sebuah kedai optik kecil di Muar pada tahun 1989, kini Focus Point telah berkembang menjadi rangkaian runcit optikal terbesar di Malaysia. Ia menjadi jenama yang dipercayai dalam penjagaan penglihatan, inovasi dan berdedikasi menyediakan perkhidmatan yang cemerlang.

Perkembangan kepada 200 cawangan merentasi kawasan bandar dan luar bandar mencerminkan komitmen dalam menyediakan akses kesihatan mata secara menyeluruh, mencipta peluang pekerjaan, dan menyokong keusahawanan tempatan melalui model francais.

Majlis ini turut menekankan dedikasi pencapaian Focus Point dalam penjagaan mata dan kesedaran kesihatan mata, khususnya dalam pengurusan miopia dalam kalangan kanak-kanak, satu kebimbangan global yang semakin meningkat akibat penggunaan peranti digital dan perubahan gaya hidup.

“Pencegahan kemerosotan kondisi mata dan masalah penglihatan yang tidak dirawat kekal sebagai cabaran utama kesihatan awam,” kata YBhg. Dato’ Sri Suriani.

“Usaha Focus Point dalam merapatkan jurang melalui program jangkauan, pemeriksaan canggih berasaskan AI, dan sokongan optometri profesional adalah selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menggalakkan pengesanan awal dan akses saksama kepada penjagaan penglihatan.”

Visi yang Prihatin: Berjasa kepada Komuniti

Sempena pembukaan cawangan ke-200 ini, Focus Point telah bekerjasama dengan Persatuan Kasih Sejati (Great Heart Charity Association), sebuah NGO yang berdedikasi untuk membantu komuniti yang kurang berkemampuan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Focus Point menaja 200 pasang cermin mata berpreskripsi untuk individu yang memerlukan, sejajar dengan kepercayaan syarikat bahawa penglihatan yang jelas adalah hak asas, bukan satu keistimewaan.

Inisiatif ini meneruskan usaha Focus Point Caring Hearts Charity Foundation, yang telah menyentuh ribuan hati rakyat melalui pemeriksaan percuma, program jangkauan komuniti, dan kempen pendidikan di seluruh Malaysia sejak penubuhannya.

Inovasi Masa Depan Penjagaan Penglihatan

Focus Point bukan sahaja mencipta sejarah dengan rasa bangga, tetapi juga melangkah ke hadapan dengan tujuan yang jelas. Sebahagian daripada evolusinya, syarikat kini:

  • Melaksanakan Karnival 360° Advanced Primary Eye Care (APEC), yang kini sedang berlangsung di IOI Mall Damansara dan akan ke IOI City Mall pada penghujung Mei. Lebih banyak karnival akan berlangsung sepanjang tahun ini.

  • Melancarkan Focus Point Loyalty Programme, satu platform berasaskan web yang dikuasakan oleh CRM untuk memberi ganjaran dan mengekalkan pelanggan setia melalui faedah eksklusif, promosi dan pengalaman yang menarik.

Inovasi ini mencerminkan komitmen Focus Point dalam menggabungkan teknologi, kecemerlangan perkhidmatan, dan tanggungjawab sosial dalam setiap aspek perniagaannya.


Kandungan ini disediakan oleh Focus Point.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!