Vale, peneraju global dalam perlombongan mampan, hari ini melancarkan Program Biasiswa Teluk Rubiah (TRSP) 3.0, sekali lagi mengukuhkan komitmennya untuk membangunkan bakat cemerlang di Manjung, Perak.
Meneruskan kejayaan dua edisi terdahulu, TRSP 3.0 terus memberi fokus kepada penyediaan akses pendidikan bertaraf dunia kepada pelajar cemerlang Manjung. Tahun ini, program ini turut membuka ruang kepada para penerima biasiswa untuk meneroka idea baharu dan menerajui kelestarian – bukan sahaja dalam sektor perlombongan, tetapi juga di luar bidang tersebut. Lebih daripada sekadar biasiswa, TRSP 3.0 mencerminkan misi jangka panjang Vale untuk melengkapkan generasi akan datang dengan kemahiran, pengalaman dan pandangan global yang diperlukan untuk membina masa depan yang lebih kukuh dan lestari. Ia juga memperlihatkan iltizam Vale dalam menyokong pertumbuhan dan peluang untuk komuniti setempat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vale Malaysia, Leonardo Paiva, TRSP 3.0 merupakan tunjang utama dalam visi pembangunan inklusif Vale di Manjung. “Anak muda adalah nadi di daerah ini. Melalui TRSP, kami mahu membekalkan mereka dengan kemahiran, pendedahan dan nilai yang membolehkan mereka berjaya dalam industri bertaraf global sambil menyumbang ke arah pembangunan mampan,” katanya. “Program ini bukan sekadar tentang pendidikan – ia mengenai membentuk pemimpin masa depan yang akan memacu kemajuan di Manjung dan seterusnya.”
Permohonan bagi TRSP 3.0 dibuka mulai hari ini hingga 16 Mei 2025 dan boleh dikemukakan melalui laman web rasmi Vale di https://vale.com/teluk-rubiah-scholarship-programme-trsp. Vale menawarkan penajaan penuh untuk pengajian tinggi di Monash University Malaysia, sebuah institusi ternama bertaraf dunia dalam kecemerlangan akademik. Biasiswa ini merangkumi pelbagai kos termasuk yuran pengajian, elaun sara hidup, penginapan, komputer riba, serta kos akademik lain seperti buku, visa dan perjalanan. Penerima biasiswa juga berpeluang untuk mendapat pendedahan antarabangsa menerusi penempatan semester di luar negara.

Tahun ini, sehingga tiga pelajar akan dipilih untuk menyertai program ini. Calon perlu menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang serta minat mendalam untuk membina kerjaya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal atau Perakaunan/Kewangan – bidang kritikal untuk pertumbuhan dan inovasi mampan.
TRSP 3.0 merupakan antara komponen utama di bawah Pelan Pemberdayaan Belia (YEP@Vale) bernilai RM5.7 juta untuk daerah Manjung. Sepanjang lebih satu dekad lalu, Vale telah melaburkan hampir RM70 juta dalam pelbagai inisiatif sosial di Manjung, yang berpaksikan penubuhan Terminal Maritim Teluk Rubiah (TRMT) – kemudahan terbesar pelaburan langsung asing (FDI) di Perak, yang dibina untuk mengendalikan sehingga 25 juta tan bijih besi setahun dan dioperasikan hampir sepenuhnya oleh tenaga kerja tempatan, termasuk ramai anak jati Manjung.
Melalui program seperti TRSP 3.0, Vale memperluas komitmennya melepasi pembangunan infrastruktur, ke arah pemberdayaan generasi muda tempatan, memastikan generasi akan datang memiliki kemahiran dan peluang untuk maju. TRSP 3.0 melambangkan keyakinan berterusan Vale bahawa masa depan adalah milik mereka yang berani membayangkan, mencipta dan memimpin. Dan segalanya bermula di sini, di Manjung.
Kandungan ini disediakan oleh Vale Malaysia Minerals.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

