malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
KPJ Healthcare Menggunakan IBM watsonx untuk Perkhidmatan Pesakit Peribadi Berkuasa AI
Diterbitkan:  Apr 30, 2025 6:25 PM
Dikemaskini: 10:25 AM
ADS

KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan KPJ”), rangkaian penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia, sedang bekerjasama dengan IBM Malaysia Sdn. Bhd. dan rakan  niaga IBM, GlobeOSS Sdn. Bhd., untuk mentakrifkan semula perkhidmatan pesakit melalui penggunaan chatbot berkuasa AI yang dibangunkan menggunakan teknologi IBM watsonx. Dengan kerjasama ini, KPJ Healthcare dapat mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan dan pengalaman pesakit di 30 hospital pakar KPJ Healthcare, termasuk KPJ Kuala Selangor yang baru dibuka.

Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh keupayaan KPJ Healthcare dalam mengurus pertanyaan maklumat rutin daripada pesakit melalui chatbot berkuasa AI yang menyediakan jawapan 24/7 untuk soalan lazim, maklumat pakar dan penjadualan temu janji. Direka untuk kecekapan dan kemudahan penggunaan, platform ini membolehkan pesakit mendapatkan maklumat dan perkhidmatan penting dengan lebih mudah.

“Dengan chatbot berkuasa AI ini, kami dapat menyampaikan maklumat tepat dan disampaikan tepat pada masanya bagi menyokong matlamat kami yang lebih luas untuk membina sistem penjagaan kesihatan yang lebih bijak dan lebih berhubung. Ini mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi yang berfokuskan tujuan untuk mempertingkatkan cara kami menjaga komuniti,” kata Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare.

“Kerjasama kami dengan KPJ Healthcare, bersama rakan ekosistem kami GlobeOSS, merupakan satu pencapaian penting dalam mempertingkatkan penglibatan pesakit dan mentransformasikan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia dan seterusnya,” kata Dickson Woo, Pengurus Besar dan Ketua Teknologi, IBM Malaysia. “Di IBM, kami komited untuk memacu kemajuan melalui inovasi, dan kerjasama hari ini menunjukkan bagaimana gabungan teknologi dan kepakaran industri dapat membantu menyampaikan penyelesaian yang lebih pintar, lebih cekap dan berfokuskan kepada pesakit.”

Chatbot ini dibangunkan menggunakan watsonx.ai, iaitu studio pembangun AI milik IBM bertaraf perusahaan, serta IBM Discovery untuk pemahaman dokumen pintar. Penyelesaian ini bertujuan membolehkan KPJ Healthcare memberikan pesakit akses yang cepat dan mudah kepada jawapan bagi pertanyaan rutin. Teknologi ini menggabungkan pembelajaran mendalam, pembelajaran mesin, dan keupayaan pemprosesan bahasa semula jadi (natural language processing (NLP)) untuk memahami soalan, memberikan jawapan yang tepat, dan melengkapkan transaksi melalui perbualan AI.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!