KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) sekali lagi diiktiraf sebagai salah satu penyedia penjagaan kesihatan swasta paling dipercayai di Malaysia apabila memperoleh Anugerah Platinum dalam kategori Hospital Swasta bagi tinjauan Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest Malaysia 2025.
Gambar di atas: KPJ Healthcare kekal maju dalam inovasi perubatan yang bertujuan menyepadukan teknologi canggih bagi meningkatkan ketepatan pembedahan dan hasil pesakit.
Pencapaian ini menandakan kemenangan kali ke-14 berturut-turut, yang mana Kumpulan pernah meraih Anugerah Emas dari 2012 hingga 2017, diikuti dengan Anugerah Platinum untuk lapan tahun berturut-turut dari 2018 hingga 2025. Kejayaan ini membuktikan kepercayaan berterusan rakyat Malaysia terhadap KPJ Healthcare.

Diundi oleh pengguna Malaysia, anugerah ini mencerminkan komitmen berterusan KPJ Healthcare dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mudah diakses, berpusatkan pesakit dan berpaksikan kecemerlangan klinikal, pembelajaran berterusan dan inovasi. Dipacu oleh prinsip Care for Life, Kumpulan terus memperkukuh dan mengintegrasikan perkhidmatannya melalui KPJ Health System – sebuah model penjagaan kesihatan bersepadu yang dirangka untuk memberikan hasil dan pengalaman rawatan yang lebih baik kepada pesakit di seluruh rangkaian hospital KPJ.
Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berpendapat bahawa pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan legasi KPJ Healthcare tetapi juga keupayaannya untuk berkembang seiring dengan keperluan pesakit masa kini. Beliau turut berkata, "Untuk diiktiraf secara konsisten oleh orang ramai selama 14 tahun adalah satu penghormatan yang sangat bermakna dan mencerminkan dedikasi seluruh warga kerja kami di barisan hadapan - daripada barisan doktor dan jururawat sehinggalah kepada pasukan sokongan di belakang tabir. Saya juga amat berterima kasih kepada para pesakit di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami selama ini.”
"Pengiktirafan ini milik seluruh pasukan KPJ Healthcare. Dalam mencapai hasrat untuk terus berkembang dan memodenkan perkhidmatan, kami melakukannya dengan satu matlamat yang jelas — untuk mengekalkan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia serta memastikan penjagaan kami kekal relevan, boleh dipercayai dan tertumpu kepada orang yang kami layani," tambahnya lagi.

Kini dalam tahun ke-27, tinjauan Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest Malaysia dijalankan secara bebas oleh Catalyst Research dan merupakan salah satu penilaian berasaskan pengguna yang paling berprestij di rantau ini. Jenama dinilai berdasarkan enam kriteria utama termasuklah kebolehpercayaan, kualiti, nilai, pemahaman terhadap keperluan pelanggan, inovasi dan tanggungjawab sosial.
Dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang dipercayai, KPJ Healthcare terus melabur dalam inovasi perubatan, keupayaan digital dan latihan klinikal. Kumpulan telah mengintegrasikan teknologi seperti diagnostik berasaskan AI dan prosedur pembedahan bantuan robotik bagi meningkatkan ketepatan rawatan serta hasil penjagaan pesakit. Dalam masa yang sama, KPJ Healthcare giat menyokong pembangunan bakat dalam bidang perubatan serta penyelidikan klinikal, sekali gus memperkukuh kepercayaan awam terhadap kualiti, keselamatan dan perkaitan perkhidmatannya.

Pengiktirafan KPJ Healthcare yang berterusan dalam kajian ini mencerminkan keupayaannya dalam memenuhi jangkaan pesakit yang semakin meningkat, sambil menyesuaikan diri dengan persekitaran penjagaan kesihatan yang semakin kompleks. Pelaburan dalam kesihatan digital, kepakaran klinikal dan pembangunan skil tenaga kerja dalam penjagaan kesihatan kekal sebagai sebahagian daripada strategi Kumpulan bagi memastikan nilai jangka panjang untuk pesakit dan masyarakat.
Keputusan tinjauan Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest Malaysia 2025 akan diterbitkan dalam majalah Reader’s Digest Malaysia untuk edisi April/Mei 2025.
Untuk maklumat lanjut mengenai KPJ Healthcare, layari www.kpjhealth.com.my.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

