Pavilion REIT Malls mengalu-alukan para pengunjung untuk menyambut keindahan Raya yang diilhamkan oleh warisan, tradisi budaya, dan semangat kebersamaan. Sambutan tahun ini menggambarkan intipati sebenar musim perayaan yang menghormati adat resam sambil memupuk keharmonian. Pavilion Kuala Lumpur, bersama Pavilion Bukit Jalil, Intermark Mall, dan Da Men Mall, akan meraikan tradisi yang dihargai ini dengan pengalaman perayaan yang unik di setiap lokasi. Bermula sekarang hingga 6 April 2025, sambutan ini akan memperlihatkan kekayaan warisan Hari Raya dan semangat perpaduan dengan penuh keindahan.
Pavilion Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan Budaya Raya, yang meraikan kekayaan warisan dan kepelbagaian serta keharmonian budaya Malaysia. Dengan transformasi Centre Court menjadi sebuah pentas yang menampilkan keindahan tradisi Malaysia, para pengunjung dijemput untuk menikmati persembahan kebudayaan, pameran kraf tradisional, dan keseronokan membeli-belah untuk Hari Raya. Melalui kolaborasi eksklusif bersama Istana Budaya, Pavilion Kuala Lumpur memperkayakan pengalaman perayaan dengan persembahan yang menakjubkan. Pengunjung berpeluang menikmati alunan merdu orkestra tradisional Melayu, keindahan ritma ansambel gamelan, serta keanggunan Tarian Piring - setiap satu melambangkan warisan seni Malaysia yang penuh keunikan.
Sebagai sebahagian daripada perayaan budaya ini, Pavilion Kuala Lumpur akan mempersembahkan persembahan istimewa oleh pemuzik dari Orkestra Simfoni Kebangsaan (NSO), Istana Budaya. Pertunjukan luar biasa ini akan berlangsung pada 14 Mac dan 21 Mac, dari jam 3 petang hingga 4 petang. Para tetamu akan dihiburkan dengan pengalaman simfoni yang memukau, di mana pemuzik berbakat NSO akan menghidupkan koleksi komposisi klasik dan kontemporari yang menggabungkan elemen tradisional Malaysia dengan keagungan orkestra. Persembahan ini akan mencipta suasana yang menawan dengan memenuhi ruang dengan melodi harmoni yang mencerminkan semangat perayaan Budaya Raya.

Menambah kemeriahan sambutan, pameran Steps of Legacy di Spanish Steps menampilkan penghormatan eksklusif kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pameran ini mengimbau perjalanan karier beliau dan kenangan Syawal yang sarat dengan kesyukuran dan tradisi kekeluargaan.
Centre Court turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik - dari kereta api mini untuk keluarga dan kanak-kanak hingga lantai LED interaktif dan pentas dengan paparan visual dinamik yang menghidupkan suasana perayaan.
Setelah kejayaan kolaborasi tahun lalu , Pavilion Kuala Lumpur sekali lagi bekerjasama dengan Swarovski untuk mempersembahkan aktivasi Raya yang luar biasa, bertepatan dengan ulang tahun ke-130 jenama ikonik ini. Swarovski Raya Pop-Up yang terletak berhampiran Pintu Masuk Utama mengundang para pengunjung untuk mengalami keanggunan warisan dan ketukangan seni. Pop-up eksklusif ini menampilkan kilauan Swarovski yang terkenal serta reka bentuknya yang abadi. Pengunjung berpeluang meneroka koleksi anggun jenama selain menyertai aktiviti interaktif dan menemui koleksi edisi terhad yang meraikan kemeriahan musim perayaan serta 130 tahun keunggulan seni Swarovski.
Centre Court juga akan menampilkan pelbagai terurai daripada jenama terkemuka, termasuk SimplySiti, Afiya by Siti Nurhaliza, Radzuan Radziwill, Venchi, Variante, Artisans, Mahnaz Food, dan Carpet Village. Sepanjang bulan Ramadan, para pengunjung boleh menantikan pelbagai aktiviti menarik, termasuk Demo Makeup oleh SimplySiti pada 8, 9, dan 16 Mac pada jam 3.00 petang, serta sesi eksklusif Dato’ Sri Siti Nurhaliza Fanmeet pada 9 dan 16 Mac pada jam 12.30 tengah hari. Peminat muzik pula pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan Konsert Jiwa Kacau Malaysia yang menampilkan kumpulan rock Malaysia terkenal, Hujan dan Spider, pada 22 Mac jam 4.00 petang. Selain itu, pelancaran Kempen Astro Hari Raya pada 23 Mac bakal memperkenalkan barisan rancangan Hari Raya 2025 yang hebat, menampilkan lebih daripada 20 selebriti popular tanah air.
Bagi meningkatkan keterlibatan pengunjung, pelbagai peraduan interaktif akan diadakan sebagai sebahagian daripada kempen media sosial. Antaranya ialah Raya Beauty Giveaway, di mana pembeli boleh memuat naik gambar dengan busana Raya terbaik mereka di Centre Court untuk berpeluang memenangi baucar membeli-belah bernilai RM200. Selain itu, Raya Delights Giveaway mengajak para pengikut untuk berkongsi kenangan Raya paling manis mereka bagi peluang memenangi baucar makan GIGI bernilai RM20. Turut memeriahkan suasana, Weekly Story Poll akan melibatkan pengikut dengan pilihan bertemakan Raya seperti Baju Kurung vs. Baju Kebaya, Lemang vs. Ketupat, dan Raya di KL vs. Raya di Kampung, untuk pengalaman sambutan Raya yang lebih interaktif dan bermakna.
Para pengunjung di Pavilion Kuala Lumpur berpeluang menikmati ganjaran eksklusif sempena perayaan ini dari sekarang hingga 6 April 2025. Dengan perbelanjaan minimum RM300 (atau RM200 dengan Kad Kredit & Caj Maybank), pembeli akan menerima pek sampul Raya edisi terhad. Sementara itu, mereka yang berbelanja RM3,500 menggunakan Kad Kredit & Caj Maybank boleh menebus Swarovski Glass Cup Set. Bagi yang membuat pembelian mewah, perbelanjaan RM1,500 dengan Kad Kredit & Caj Maybank melayakkan mereka untuk menebus Swarovski Crystal Pen yang elegan.
Pelanggan setia dan ahli Pavilion Kuala Lumpur berpeluang menikmati keistimewaan tambahan. Pembeli yang berbelanja RM5,000 dalam satu resit di kedai khas akan menerima Baucar Tunai Banyan Tree bernilai RM200. Selain itu, ahli Pavilion Privileges yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah berpeluang memenangi hadiah eksklusif dari Swarovski. Seramai 100 ahli bertuah akan dipilih, dan penyertaan adalah mudah - hanya muat naik resit melalui aplikasi mudah alih Pavilion Kuala Lumpur atau kunjungi Pavilion Privileges Centre. Ganjaran eksklusif ini terbuka kepada ahli dengan keahlian Lifestyle Tier dan ke atas.
Pavilion Bukit Jalil mengajak para pengunjung untuk merasai Kemeriahan Bersama, sebuah sambutan yang meraikan kebersamaan dengan menggabungkan nostalgia dan penceritaan moden. Pusat beli-belah ini telah ditransformasikan menjadi lokasi perayaan yang meriah, dihiasi dengan dekorasi tradisional, reruai barangan perayaan, serta persembahan kebudayaan yang membangkitkan pesona sambutan Raya.
Untuk sentuhan moden yang mengujakan, Pavilion Bukit Jalil berkolaborasi dengan adiwira kegemaran Malaysia, BoBoiBoy, bagi membawa keceriaan tambahan pada musim perayaan ini. Pengunjung boleh menantikan detik-detik menggembirakan serta peluang bertemu BoBoiBoy di Kokotiam di Centre Court sepanjang Ramadan dan Raya ini. Pelbagai aktiviti interaktif seperti sesi meet-and-greet, persembahan pentas, dan aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan suasana Raya di Pavilion Bukit Jalil. Istimewa kepada pengunjung yang berbelanja RM100 ke atas dalam satu resit, mereka berpeluang untuk bergambar bersama BoBoiBoy, menjadikan pengalaman ini istimewa kepada para peminat dari pelbagai peringkat umur.
Bagi pengunjung cilik, remaja mahupun dan pemain trading card, Pavilion Bukit Jalil akan menganjurkan kejohanan permainan trading card No.1 di Malaysia, MONSTA GALAXY CARD, pada 15-16 Mac dan 22-23 Mac 2025. Kejohanan istimewa bertemakan Raya ini mengajak para peserta untuk bersaing dalam pertempuran kad yang penuh keseronokan. Selain itu, persembahan tradisional mingguan seperti Persembahan Instrumental Ghazal dan Orkes Melayu Singing Band akan membawa pengunjung menyelami kekayaan warisan sambutan Raya melalui alunan muzik dan tarian yang menawan. Keluarga juga boleh menyertai Hari Raya Icing Cookie Deco Workshop oleh Good Times DIY pada 8 dan 9 Mac 2025, di mana mereka boleh belajar cara menghias kuih Raya.
Pavilion Bukit Jalil juga baru-baru ini telah menganjurkan sesi Meet & Greet eksklusif bersama Li-Ning serta majlis iftar bersama duta jenama mereka, termasuk Tan Boon Heong & Ong Yew Sin (Badminton), Ting Chun Hong & Kyle Hiew (Bola Keranjang), dan Welson Sim (Renang). Majlis iftar ini memberi peluang kepada para peminat untuk berbuka puasa bersama personaliti kegemaran mereka diserikan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Asrulnizam Kadir, Zati Nizam, Hasnida Hanim, Farah Nabilah, dan Zaquan Adha.
Sebagai sebahagian daripada semangat Kemeriahan Bersama, Pavilion Bukit Jalil turut membawa keceriaan dan menjalani aktiviti kebajikan dengan meraikan 100 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Penjagaan Nur Hidayah. Mereka menerima beg saguhati dan Duit Raya, melambangkan komitmen pusat beli-belah ini dalam menyumbang kepada komuniti serta memupuk nilai keterangkuman dan kemurahan hati. Melalui inisiatif penuh keikhlasan ini, Pavilion Bukit Jalil memastikan bahawa kanak-kanak kurang bernasib baik turut merasai keterujaan dan kemeriahan Raya.
Bagi menambahkan pengalaman terbaik membeli-belah sempena perayaan ini, pengunjung yang berbelanja RM150 dan ke atas boleh menebus 1 pek sampul Raya eksklusif yang hadir dalam dua rupa istimewa: pek sampul edisi Kemeriahan Bersama Raya atau pek sampul edisi BoBoiBoy. Pembeli yang berbelanja RM400 ke atas akan menerima satu set alat tulis BoBoiBoy dan 1 pek sampul pilihan mereka, manakala mereka yang berbelanja RM800 dan ke atas boleh menebus satu set bekas makanan BoBoiBoy bersama 1 pek sampul Raya pilihan mereka. Selain itu, ahli Pavilion Privileges yang berbelanja RM800 ke atas akan menerima flask eksklusif sebagai sebahagian daripada ganjaran penebusan mereka.
Pengunjung juga dijemput untuk menyelami kemeriahan perayaan di Intermark Mall dengan Rhymba Raya, sebuah sambutan yang menggabungkan tradisi, alam semula jadi, dan muzik. Ground Floor Atrium di Intermark Mall telah ditransformasikan menjadi sebuah oasis hijau yang diinspirasikan oleh kehijauan tropika Malaysia. Di sini, alunan instrumen tradisional seperti Gamelan dan Angklung mencipta suasana yang mempesona, menjemput pengunjung untuk merasai nilai kebersamaan, kesyukuran, dan kemurahan hati, menghidupkan lagi maksud Syawal yang sebenar. Pembeli juga boleh menikmati persembahan budaya Melayu yang menampilkan keindahan seni tradisional untuk pengalaman perayaan yang mengasyikkan.
Untuk menambah sentuhan bermakna kepada sambutan ini, Intermark Mall dengan bangganya meneruskan kerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Carven Ong, bagi menghidupkan semula fabrik terpakai yang dikumpul daripada perayaan Vintage Lunar Splendour yang lalu. Fabrik-fabrik ini dikitar semula untuk dijadikan beg mesra alam yang bergaya dan berkekalan - gabungan unsur fesyen dengan kelestarian. Beg yang dihasilkan dengan penuh ketelitian ini akan dijual sepanjang bulan ini, di mana hasil jualan akan disalurkan kepada usaha pemuliharaan alam sekitar serta komuniti kurang bernasib baik.
Dalam usaha memperjuangkan warisan dan kelestarian, Intermark Mall turut berkolaborasi dengan Yayasan Tuanku Nur Zahirah bagi meningkatkan kesedaran serta penghargaan terhadap seni tenunan songket yang begitu halus dan bernilai tinggi. Sebuah weaving loom tradisional yang dikenali sebagai kek akan dipasang untuk demonstrasi tenunan secara langsung dan kelas interaktif yang dikendalikan oleh penenun profesional akan diadakan supaya pengunjung dapat menyelami keindahan seni kraf yang berusia ratusan tahun ini. Pengunjung juga digalakkan untuk memiliki hasil tenunan songket yang eksklusif ini sebagai kenangan atau hadiah istimewa. Setiap pembelian bukan sahaja menyokong kelangsungan hidup para penenun tradisional tetapi juga membantu memelihara warisan berharga Malaysia. Hasil kraf unik yang dibuat dengan tangan ini akan tersedia untuk pembelian sepanjang tempoh perayaan.
Bagi menyemarakkan lagi semangat memberi dan berkongsi rezeki, Program Rezeki Ramadhan dengan kerjasama AmanahRaya akan menyebarkan kegembiraan kepada anak-anak yatim serta komuniti setempat melalui pengagihan bubur lambuk kepada 2,000 penerima. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kebersamaan dan kasih sayang sepanjang bulan Ramadan yang penuh berkat.
Pembeli di Intermark Mall juga akan menikmati ganjaran eksklusif sepanjang sambutan Rhymba Raya. Dengan perbelanjaan RM250 dalam maksimum dua resit, pengunjung boleh menebus satu set sampul Raya edisi terhad. Sementara itu, mereka yang berbelanja RM450 boleh menebus baucar makanan dan minuman bernilai RM20 untuk menikmati hidangan lazat daripada penyewa terpilih. Sebagai kejutan istimewa, pembeli dengan jumlah perbelanjaan tertinggi berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk penginapan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur berserta sarapan percuma yang bernilai lebih RM500. Sambutan Raya bukan sekadar masa untuk perayaan, tetapi juga saat untuk penghargaan dan berkongsi rezeki. Dengan gabungan budaya, kelestarian alam sekitar, dan semangat kemasyarakatan, Rhymba Raya di Intermark Mall menjanjikan pengalaman yang benar-benar bermakna dan tidak dapat dilupakan untuk semua pengunjung.

Da Men Mall dengan bangganya turut serta dalam meraikan perayaan Hari Raya dengan Kenangan Raya, sebuah inisiatif istimewa yang bertujuan membangkitkan nostalgia tradisi balik kampung sambil mencipta kenangan baharu bersama insan tersayang. Berlangsung dari sekarang hingga 28 Mac 2025, sambutan istimewa ini menggabungkan nilai kebersamaan, warisan, dan kesyukuran, menawarkan pengalaman yang bermakna kepada para pengunjung dan pembeli. Diinspirasikan oleh keindahan kehidupan desa, Kenangan Raya mengetengahkan keunikan akar umbi budaya Malaysia, mengingatkan penduduk kota akan kegembiraan pulang ke kampung untuk beraya.
Sebaik melangkah masuk ke Da Men Mall, pengunjung akan disambut dengan dekorasi perayaan yang menakjubkan di kawasan lobi di Aras Bawah yang membawa mereka ke suasana desa yang indah. Daya tarikan utama ialah sebuah pokok yang dihiasi dengan ketupat, juadah Raya paling ikonik yang melambangkan perpaduan dan kebersamaan. Selain itu, Heritage Santai Kampung, sebuah ruang khas yang dilengkapkan dengan kerusi rotan dan hiasan bunga tradisional Malaysia, menawarkan suasana santai di mana keluarga dan rakan-rakan boleh berkumpul, merakam kenangan, serta mengimbau detik-detik indah perayaan lalu. Dekorasi yang imersif ini bukan sahaja menghidupkan suasana perayaan, malah menjadi bukti komitmen Da Men Mall dalam memelihara warisan budaya melalui pengalaman yang interaktif dan penuh pesona.
Bagi menambahkan lagi keceriaan sambutan, Da Men Mall menawarkan ganjaran eksklusif kepada para pembeli dengan penebusan istimewa sempena perayaan ini. Dengan perbelanjaan minimum RM80 dalam gabungan dua resit, pembeli boleh menebus sampul Raya edisi terhad, yang menjadi pelengkap sempurna untuk tradisi memberi sempena musim ini. Selain itu, mereka yang berbelanja RM180 (atau RM280 termasuk resit Jaya Grocer) layak menyertai cabutan bertuah Kenangan Raya, yang menawarkan pelbagai hadiah menarik, termasuk barangan rumah bergaya dan keperluan harian yang eksklusif. Ganjaran perayaan ini bukan sahaja menjadikan pengalaman membeli-belah lebih istimewa, malah setiap kunjungan ke Da Men Mall sepanjang musim Raya ini akan dipenuhi dengan kegembiraan, penghargaan, dan semangat memberi.
Di Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil, Intermark Mall dan Da Men Mall, para pengunjung dijemput menyelami sambutan yang menggabungkan keindahan warisan dengan kemeriahan moden. Daripada dekorasi memukau dan persembahan budaya hingga ganjaran eksklusif dan aktiviti interaktif, sambutan Raya 2025 menjanjikan pengalaman yang penuh nostalgia, keterangkuman dan kegembiraan untuk semua lapisan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Pavilion Kuala Lumpur, https://www.pavilion-kl.com/
Pavilion Bukit Jalil, www.pavilion-bukitjalil.com
Intermark Mall, https://www.intermark-mall.com/
Da Men Mall, https://www.damen-mall.com/
Kandungan ini disediakan oleh SLPR.
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].

