malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
KPJ Healthcare dan Pusat Darah Negara Berganding Bahu untuk Kempen Derma Darah di Seluruh Negara
Diterbitkan:  Feb 27, 2025 1:46 PM
Dikemaskini: 5:46 AM
ADS

Prihatin terhadap keperluan bekalan darah yang membimbangkan seperti yang diseru oleh Pusat Darah Negara (“PDN”), KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) telah mengambil langkah segera dengan memperluaskan kempen derma darah daripada inisiatif di peringkat hospital ke usaha menyeluruh di seluruh Kumpulan. 

Gambar di atas: Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengurus Besar KPJ Healthcare (dua dari kiri) dan Dr. Nik Fawaz Nik Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi (Operasi Kesihatan Bersekutu dan Peruncitan Kumpulan) (dua dari kanan) KPJ Healthcare turut serta dalam Kempen Derma Darah anjuran KPJ Healthcare dengan kerjasama Pusat Darah Negara.

Memetik laporan media yang semakin meningkat mengenai keperluan kritikal bagi bekalan darah yang berterusan untuk menyokong prosedur pembedahan, rawatan trauma dan rawatan penting lain, kempen derma darah KPJ Healthcare yang dianjurkan dengan kerjasama PDN telah mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan serta orang awam.

KPJ Healthcare telah berjaya menganjurkan kempen derma darah di ibu pejabatnya di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, semalam. Acara ini menyaksikan penyertaan aktif daripada kakitangan dan orang awam, termasuk Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, serta pasukan pengurusan kanan Kumpulan. 

Beberapa hospital, termasuk KPJ Selangor, KPJ Klang, KPJ Pahang, KPJ Perdana, KPJ Ipoh dan KPJ Kuching telah pun melaksanakan kempen derma darah mereka sebelum ini dan dengan sumbangan terbaharu oleh Menara KPJ, jumlah keseluruhan kutipan darah adalah lebih 370 pain.

Kempen ini akan diteruskan dengan sesi derma darah akan datang di KPJ Bandar Dato’ Onn dan KPJ Penang pada 13 Mac, KPJ Kajang pada 16 Jun, KPJ Sabah pada 18 Mac serta KPJ Puteri pada 28 Jun. 

Chin Keat Chyuan, Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare, menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah, secara langsung menyokong inisiatif yang boleh menyelamatkan nyawa ini.

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad berkata, “Kami amat berterima kasih atas sokongan luar biasa daripada kakitangan dan orang ramai. Di KPJ Healthcare, nilai Care for Life’ kami menjadi pemacu utama untuk kami menghulurkan sumbangan bermakna kepada masyarakat. Melalui kempen derma darah ini, kami bukan sahaja membantu menambah jumlah bekalan darah negara tetapi juga menggalakkan lebih ramai individu untuk tampil dan menderma. Komitmen yang ditonjolkan hari ini mencerminkan dedikasi kami untuk mewujudkan perubahan positif dalam kehidupan orang ramai, dan kami berharap inisiatif ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai warga Malaysia untuk menjadi penderma darah tetap.”

"Bekalan darah yang berterusan adalah amat penting demi penjagaan pesakit, dan usaha kolektif seperti ini memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Kami menghargai inisiatif KPJ Healthcare dalam menganjurkan kempen ini dan menggalakkan lebih banyak organisasi untuk tampil ke hadapan, kerana pendermaan darah secara berkala kekal sebagai elemen penting dalam memenuhi keperluan pesakit," kata Dr. Mohammad Masrin bin Md Zahrin, Pengarah, Pusat Darah Negara.

Sebagai sebahagian daripada prosedur, Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, menjalani pemeriksaan tekanan darah untuk memastikan beliau sihat untuk menderma darah.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu pain darah yang didermakan boleh dipisahkan kepada sel darah merah, platelet dan plasma yang berpotensi untuk menyelamatkan sehingga tiga nyawa. Mengekalkan bekalan darah yang stabil adalah amat penting kerana hospital bergantung kepada sumbangan berterusan bagi memenuhi keperluan pesakit. Berdasarkan anggaran PDN, Malaysia memerlukan purata 2,000 beg darah setiap hari untuk menyokong pesakit yang menjalani pembedahan, rawatan penjagaan trauma dan rawatan perubatan kritikal. Pendermaan darah secara berkala memainkan peranan utama dalam memastikan hospital mempunyai bekalan mencukupi untuk menangani kes rutin mahupun kecemasan.

Bagi orang awam yang berminat untuk menderma darah pada tarikh yang telah ditetapkan di hospital KPJ berdekatan, sila layari laman web kami di www.kpjhealth.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dan nombor telefon untuk dihubungi.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!