Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, Budi Madani diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan, dengan pemberian RM200 bantuan tunai bulanan.
Saiful Ahmad, 55, berkata selain bahan mentah kos terbesar perlu ditanggung dalam perniagaan adalah pembelian diesel untuk menggerakkan trak pikap bagi mengambil bekalan serta membuat penghantaran.
"Memanglah ada orang kata RM200 itu sikit tetapi saya faham ia diberi untuk tampung tambahan bayaran bila diesel naik. Bukan bermaksud untuk bayar semua, ramai mungkin salah anggap," katanya.
Mulai 10 Jun lalu, harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter iaitu harga pasaran tanpa subsidi.
Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)
Selain Budi Madani, kerajaan turut mengurangkan beban dengan meneruskan bantuan subsidi kepada kenderaan pengangkutan awam darat serta pengangkutan barangan menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi.
Presiden Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands Chai Kok Lim berkata sehingga kini kira-kira 200 daripada 800 ahlinya telah menikmati bantuan wang tunai RM200 itu.
Sama seperti Saiful, Chai berkata inisiatif itu membantu mereka menyerap kos dan meneruskan operasi untuk mengeluarkan hasil pertanian.
"Ada ahli kami masih menunggu kelulusan, namun ada juga ditolak kerana tidak cukup syarat kerana jualan melebihi RM300,000 seperti disyaratkan...kami telah minta syarat dilonggarkan untuk syarikat catat jualan lebih RM1 juta.
"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Yi dalam lawatannya baru-baru ini, kami hargai keterbukaan kerajaan dengar rayuan untuk baiki dasar," katanya.
Kriteria kelayakan bagi kategori BUDI Individu adalah seperti berikut:
Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
Memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
Kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif;
Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah.
Budi Madani akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut Budi Madani secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.
Untuk memohon dan mengetahui lebih lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan Budi Madani, sila layari https://budimadani.gov.my atau boleh menghubungi talian bantuan Budi Madani di nombor 1-800-88-2747 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau secara e-mel di alamat [email protected].
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].

