Tahukah anda bahawa Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 menawarkan pelbagai kursus latihan percuma kepada anda merentasi pelbagai saluran?

Dianjurkan oleh HRD Corp di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia, NTW merupakan satu minggu yang penuh dengan acara latihan serta aktiviti yang menghimpunkan organisasi dan individu dari pelbagai latar belakang dan industri untuk mengalami peluang pembelajaran dan pembangunan di seluruh negara.
NTW 2024 akan berlangsung mulai 24 hingga 30 Jun 2024
Untuk membantu kerajaan mencapai sasaran 35% pekerja mahir menjelang 2030, latihan-latihan ini ditawarkan secara percuma di pelbagai lokasi serta melalui pelbagai mod dan platform pembelajaran kepada rakyat Malaysia.
NTW 2024 merupakan kesinambungan kepada NTW 2023 yang mendapat sambutan amat menggalakkan. Diadakan pada Mei tahun lalu, NTW yang dilancarkan buat pertama kali itu telah melebihi hampir semua sasaran awal pelaksanaan apabila berjaya menyediakan lebih dari 21,000 kursus latihan percuma kepada lebih daripada 129,000 rakyat Malaysia di samping mencatatkan lebih daripada 503,000 jam latihan.

Dengan mengekalkan matlamat yang sama untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia, NTW 2024 menetapkan sasaran lebih besar dengan 200,000 pendaftaran di seluruh negara dan 25,000 kursus latihan percuma dalam lima (5) teras:
Kemahiran Hidup: Pembangunan Peribadi dan Pencapaian Diri
Kemahiran Masa Depan: STEM,TVET, Digitalisasi, Kecerdasan Buatan (AI) dan Kejuruteraan Mesin
Kreativiti dan Inovasi: Muzik, Seni, Budaya dan Pendidikan Kreatif
Kewangan: Bank, Insurans, Pelaburan dan Teknologi Kewangan
Pembangunan Mampan: Alam Sekitar, Pembangunan, Kesamarataan dan Kemakmuran
Terokai pelbagai program pembangunan peribadi yang memberi tumpuan kepada latihan, bimbingan, fasilitasi, dan pembelajaran, yang boleh dilaksanakan secara fizikal, dalam talian, hibrid, atau mengikut kadar sendiri.
NTW akan mengetengahkan pelbagai aktiviti untuk rakyat Malaysia yang terdiri daripada:

Bagaimana anda boleh menyertai?
Mudah sahaja! Anda hanya perlu daftarkan program pilihan anda di portal rasmi NTW. Dapatkan info, perincian kursus, dokumen rujukan dan banyak lagi melalui portal tersebut.
Manfaatkan minggu berfokuskan latihan negara dan realisasikan potensi anda! Daftar sekarang dan terokai gudang pengetahuan di www.nationaltrainingweek.gov.my!
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

