malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
Co-Opbank Pertama mulakan operasi di Papar, merupakan cawangan ke-34 di Malaysia
Diterbitkan:  May 17, 2024 2:36 PM
Dikemaskini: 6:36 AM
ADS

Masyarakat di daerah Papar, Sabah kini memiliki akses tambahan, kemudahan perbankan bergerak Co-opbank Pertama (CBP).

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Turut hadir ke majlis perasmian tersebut adalah YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen Papar dan Datuk Baharom Embi, Pengerusi CBP. 

Menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk pelanggan dividen

Datuk Baharom Embi berkata, “Cawangan Papar adalah cawangan yang keempat CBP di Sabah selepas Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. CBP juga merancang untuk membuka dua buah lagi cawangan pada tahun ini iaitu di Bangi, Selangor dan juga Segamat, Johor pada suku keempat tahun ini.   

“Dengan pembukaan cawangan ini, ianya menunjukkan bahawa CBP komited bahawa perancangan yang digariskan di dalam Pelan Strategik CBP 2022-2026 untuk memiliki 36 buah cawangan di seluruh negara dapat dicapai dengan jayanya.

Bank Bergerak CBP

Selain itu, juga, YB Datuk Ewon turut merasmikan perkhidmatan Bank Bergerak CBP yang pertama kali diperkenalkan di negeri Sabah selain daripada pelancaran aplikasi HeloCBP.

”Perkhidmatan Bank Bergerak di Papar ini akan memberikan perkhidmatan perbankan kepada masyarakat setempat di mana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan perbankan seperti deposit, pengeluaran dan beberapa perkhidmatan lain yang ditawarkan. 

”Selain itu, menerusi aplikasi HeloCBP yang diperkenalkan, pelanggan-pelanggan CBP dapat melakukan pemindahan wang dengan lebih pantas berbanding sistem yang digunakan CBP sebelum ini. Pengenalan aplikasi ini merupakan salah satu langkah menuju ke arah digitalisasi CBP dan akan ditambahbaik dari masa ke masa,” katanya.

CBP menawarkan pelbagai produk Pembiayaan Individu, Koperasi serta Korporat, Ar-Rahnu, Deposit, Syer Keanggotaan serta Takaful dan Wasiat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cbp.com.my 


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!