malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
Allianz umum Perlindungan EV Allianz (Allianz EV Shield), perlindungan pengecas mudah alih yang pertama dalam industri
Diterbitkan:  Feb 29, 2024 4:56 PM
Dikemaskini: 8:56 AM
ADS

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah melancarkan sebuah produk insurans baharu –Perlindungan EV Allianz untuk Kenderaan Elektrik (EV) yang menampilkan perlindungan pertama dalam industri untuk mengecas secara mudah alih yang menjadi kebimbangan pemilik kereta EV yang kehabisan cas. Majlis telah diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Allianz EV Rangers, perkhidmatan pertama dalam industri yang telah memulakan operasi di Lembah Klang, menyediakan perkhidmatan mengecas mudah alih yang boleh mengecas kenderaan untuk sampai ke fasiliti mengecas yang terdekat.

Dalam ucapan semasa majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Sean Wang telah menceritakan faktor unik Allianz Road Rangers.

“Allianz General terus memperhalusi bantuan tepi jalan dan mengutamakan pelanggan. Dengan produk terbaru kami, kami telah mengenal pasti titik sentuh yang biasa dihadapi oleh pelanggan dan telah mereka penyelesaian yang menyeluruh. Misalnya, jika anda kehabisan bateri dalam perjalanan untuk menaiki pesawat, Allianz EV Rangers kami akan segera sampai kepada anda, cas bateri EV anda dan anda boleh meneruskan perjalanan.”

Pelanggan dengan Perlindungan EV Allianz akan mendapat manfaat yang melindungi pelbagai titik sentuh berkaitan mengecas EV termasuk – RM15,000 untuk kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian dan bencana alam terhadap kotak dinding pengecas dan RM2,000 untuk kerosakan akibat kebakaran, kecurian dan bencana alam terhadap kabel pengecas mudah alih.

Jika kejadian yang tidak diingini berlaku ketika menggunakan Pengecas EV awam, sebuah perlindungan Ehsan sehingga RM5,000 akan diberikan kepada pelanggan untuk kos pembaikan atau untuk perbelanjaan perubatan jika kenderaan rosak dan orang yang diinsuranskan mengalami kecederaan anggota badan. Selain itu, orang yang diinsuranskan dilindungi sehingga RM50,000 untuk kecederaan anggota badan pihak ketiga dan kerosakan harta yang disebabkan oleh penggunaan langsung pengecas dinding EV di rumah oleh orang yang diinsuranskan.

Dalam ucapannya, Sean Wang telah merujuk kepada bantuan tepi jalan terbaik oleh Allianz Malaysia:

“Dengan Perlindungan EV kami, pelanggan kami akan diberikan pengalaman yang premium yang disukai mereka. Jika berlaku kemalangan, serahkan sahaja kepada Allianz Road Rangers untuk menguruskannya. Pelanggan kami tidak akan dipaksa untuk berdepan dengan ugutan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang memaksa mangsa untuk membawa kenderaan mereka ke bengkel yang tidak bertauliah. Kami bekerja keras untuk memastikan pelanggan tidak mengalami kesulitan selepas kemalangan atau kerosakan kereta mereka.”

Perlindungan EV Allianz ialah produk insurans terbaru yang sebahagian dari pakej penyelesaiana insurans yang komprehensif dan bantuan tepi jalan yang disediakan oleh peneraju industri untuk penyelesaian insurans motor.

Untuk maklumat lanjut untuk Perlindungan EV Allianz, layari https://www.allianz.com.my/personal/home-motor-and-travel/car-and-motorcycle/ev-shield.html


Artikel ini disediakan oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General)

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!