Pada 8 Disember 2023, syarikat telefon pintar yang berpusat di Malaysia, TECNO, telah menggemparkan industri teknologi negara apabila mereka melancarkan sebuah telefon pintar dengan harga yang tersangat mampu milik iaitu RM499. Menariknya, sejurus selepas dilancarkan, telefon pintar ini mendapat perhatian rentetan harganya yang jauh lebih murah dan ciri-ciri terkini yang ditawarkan.
Walaupun memasuki pasaran dengan harga yang jauh lebih rendah, telefon pintar dari TECNO ini memastikan pembelian anda berbaloi dengan menawarkan ciri-ciri yang luar biasa seperti ruang simpanan yang besar berkapasiti 256 GB. Bagi para ‘gamer’ pula, anda kini tidak perlu risau kehabisan ruangan untuk menyimpan pelbagai jenis permainan pemprosesan tinggi, aplikasi mahupun gambar-gambar anda. Ini kerana saiz memorinya yang luas membolehkan anda menyimpan segala fail-fail keperluan anda tanpa perlu membuang fail lama bagi memberikan ruang. Inilah masalah utama yang dihadapi oleh semua para ‘gamer’. Bagi mengiringi saiz simpanan yang berkapasiti besar, Spark 20 ini juga didatangkan dengan 16 GB RAM, yang membolehkan pengguna merasai kelancaran peranti ini di tahap maksimum.

TECNO Spark 20 ini turut bernadikan G85 pemproses ‘gaming’ bagi melancarkan lagi pengalaman ‘gaming’ anda. Ianya direka untuk permainan yang lebih lancar, bebas ‘lag’. Ini bagi menjamin sesi bermain yang lebih menyeronokkan dan bebas dari sebarang gangguan. Peranti ini turut dilengkapi dengan bateri bersaiz 5000mAh. Ini akan memanjangkan lagi masa pengguna untuk bermain game. Sesuai dengan keperluan ‘gamer’ tegar.



Selain daripada ciri-ciri g’gaming yang ditawarkan, model Spark 20 yang terbaru ini mengejutkan para penggunanya dengan kecanggihan kameranya. Model ini telah didatangkan dengan kamera 32MP ‘ Glowing Selfie’ lengkap dengan 3 mod cahaya. Pengguna boleh melaras pelbagai jenis pencahayaan dengan mudah bagi mendapatkan suafoto yang sempurna sesuai dengan keadaan sekeliling dengan menggunakan ‘Dual Color Temperatre Flash’. Peranti ini juga dianggap ‘versatil’ dalam mengambil gambar suafoto berdifinisi tinggi yang menakjubkan menerusi teknologi potret AI yang bertindak untuk mengimbangkan keterangan sesuatu gambar agar lebih sempurna di dalam setiap sudut.



Pendek kata, telefon pintar ini memang menarik! Jadi bagi sesiapa yang ingin merasai sendiri pengalaman ’gaming ‘ dengan menggunakan TECNO Spark 20, segera kunjungi kedai pengedar sah TECNNO atau laman web e-dagang rasmi TECNO dan dapatkan peranti pintar mesra bajet ini untuk pengalaman ‘gaming’ yang lebih WOW!
Kedai pengedar sah TECNO: https://www.tecno-mobile.com/my/stores/
Shopee TECNO: https://shope.ee/502WkqIg5r
Lazada TECNO: https://www.lazada.com.my/shop/tecno-mobile-malaysia
TikTok TECNO: https://www.tiktok.com/@tecnomalaysia
Artikel ini disediakan oleh Ads On Marketing
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

