malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
THE MINH Mont'Kiara - Pembangunan ikonik yang terbaru oleh UEM Sunrise
Diterbitkan:  May 23, 2023 12:08 PM
Dikemaskini: 4:08 AM
ADS

KUALA LUMPUR, 9 Mei 2023 – UEM Sunrise Berhad ("UEM Sunrise" atau "Syarikat") mengumumkan bahawa jualan pembangunan yang terbaru di Mont’Kiara, THE MINH akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 27 Mei. Reka bentuk berinspirasikan Indochine telah mendapat sambutan menggalakkan setelah menara pertamanya, ‘Menara B’ merekodkan kadar tempahan sebanyak 70% semasa pratonton bersama rakan kerjasama Syarikat serta ahli kesetiaan premium UEM Sunrise, Trésorians.

THE MINH adalah singkatan daripada ‘Mont'Kiara Indochine-inspired Nature Homes’ serta bermaksud 'cahaya' dalam bahasa Vietnam. Kediaman tersebut diinspirasi daripada ekspresi reka bentuk Indochine - Gaya yang dihasilkan daripada gabungan harmoni reka bentuk Kolonial Perancis bersama perincian serta tradisi reka bentuk vernakular di Vietnam.

Terletak di kawasan perumahan yang damai di sepanjang Jalan Kiara 7 serta di tapak bertingkat bersebelahan dengan Bukit Kiara, kediaman mewah ini terdiri daripada 496 unit dengan dua menara, setiap satu mempunyai 42 tingkat dengan hanya enam unit di setiap tingkat. THE MINH menampilkan empat jenis susun atur bilik, A, B, C dan D, berkeluasan antara 149 meter persegi (1,607 kaki persegi) hingga 279 meter persegi (3,010 kaki persegi). Jenis A dan B tampil dengan konsep reka bentuk banglo. Manakala Jenis C dan D tampil dengan reka bentuk berkembar bersama lobi lif peribadi, kawasan lanai serba boleh dan suite junior, Memandangkan kedua-dua unit tersebut terletak bersebelahan, ia boleh digabungkan menjadi sebuah unit banglo mega dengan keluasan 534 meter persegi (5,743 kaki persegi) dengan lif peribadi dalaman sendiri, sesuai untuk pemilik yang gemarkan kediaman lebih privasi.

Bilik tidur dan suite junior telah direka dengan ciri serba cukup, memberi fleksibiliti dan melengkapi keperluan kehidupan pelbagai generasi di dalam sebuah kediaman yang sama. Ini adalah sebahagian daripada langkah Syarikat di dalam norma baharu bagi menyediakan ruang yang turut boleh berfungsi secara sendiri.

Selain itu, setiap unit dilengkapi dengan satu soket mesra pengecas EV, membolehkan pemilik mengecas kenderaan elektrik mereka dengan mudah dan selamat.

Berdiri megah seiring dengan latar langit Mont'Kiara yang menakjubkan, para penghuni dapat menikmati pemandangan persekitaran yang indah termasuk latar langit bandar, Bukit Kiara atau Kuala Lumpur.

Setiap unit direka luas dengan susun atur pelan terbuka bagi memenuhi keperluan gaya hidup setiap pemilik kini dan di masa hadapan, termasuk ruang sarapan dan dapur yang boleh digabungkan. Susun atur yang direka secara terbuka ini akan menggalakkan interaksi harian dalam kalangan ahli keluarga dan tetamu ketika berkunjung. Reka bentuk sebegini turut memudahkan aliran pengudaraan semula jadi dan cahaya matahari ke dalam unit, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada penghawa dingin atau lampu semasa siang.

THE MINH dilengkapi dua tingkat kemudahan-kemudahan yang mewah serta mesra keluarga, termasuk Pondok Spa yang pertama di Mont'Kiara menawarkan jakuzi panas, sauna, ruang haloterapi/garam, dan pondok meditasi; sebuah pusat kesihatan serba lengkap khusus buat mengembalikan ketenangan minda, tubuh badan, serta jiwa - menjanjikan pengalaman hidup mewah tiada tandingan.

THE MINH turut dilengkapi kolam renang sepanjang 80m, kolam untuk kanak-kanak, ruangan hijau untuk para penghuni melaksanakan pelbagai aktiviti luar serta gimnasium tertutup dan terbuka yang mesra pengguna. Landskap ini dan pelbagai kemudahan lain diserlahkan lagi bersama pancuran air terjun dan ruang makan terbuka di hujung kolam renang 80m.

Tempat letak kereta berbilang tingkat THE MINH direka dengan tanjakan kelajuan yang memberikan penduduk akses yang lancar ke tingkat tempat letak kereta masing-masing tanpa perlu melalui ruang letak kereta lain.

THE MINH juga merupakan sebuah kediaman pegangan bebas pertama Syarikat yang dilancarkan di bawah Edisi CLUB, direka bagi menawarkan ciri-ciri mewah serta kehidupan berinspirasikan resort. Edisi ini adalah salah satu daripada lima kategori siri produk Happy+ UEM Sunrise. Ianya diperkenal bagi menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih diperkemas di samping menawarkan nilai tambah yang selaras dengan pelbagai keperluan pembeli rumah serta penampilan produk berciri inovatif di masa hadapan.

Ketika acara Pratonton Media THE MINH yang diadakan di UEM Sunrise Showcase di Mont'Kiara baru-baru ini, Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise Kenny Wong menyatakan keterujaan pasukan UEM Sunrise untuk mengumumkan pelancaran ke dalam pasaran mewah ini.

"Kami telah mereka bentuk sebuah kediaman khusus bagi memupuk lebih banyak interaksi di antara ahli keluarga dan tetamu di ruangan umum. Kami mengambil kira perubahan keutamaan dalam cara kami mencipta ruang bagi menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu, kami juga telah menampilkan bilik tidur yang lebih luas, di samping menambah sentuhan kemewahan selaras dengan tema Indochine THE MINH.

Melihat sambutan yang amat menggalakkan bagi Menara B THE MINH, kami berbesar hati untuk mengumumkan jualan menara kedua, Menara A, akan dibuka tidak lama lagi. Nantikannya." tambah beliau.

Mengulas kejayaan pratonton THE MINH, Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah berkata bahawa pelbagai lagi produk Syarikat bakal diumum dan dilancarkan pada tahun 2023.

“Kami kekal konsisten dalam fokus untuk menawarkan pelbagai produk yang memenuhi keperluan pelbagai segmen pasaran dan keperluan pembeli kami. Kepakaran kami sebagai pembangun induk membolehkan kami melihat pasaran khusus yang mampan dan berlandaskan nilai,” kata Sufian.

Untuk maklumat lanjut tentang kediaman pertama Syarikat di bawah Edisi CLUB THE MINH, layari uemsunrise.com atau kunjungi UEM Sunrise Showcase di Mont'Kiara.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!