malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
BoostBills diiktiraf sebagai inovasi fintech terkemuka yang memudahkan pembayaran bil
Diterbitkan:  May 18, 2023 4:27 PM
Dikemaskini: 8:27 AM
ADS

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2023 – Boost, cabang fintech (teknologi kewangan) Axiata, menerima pengesahan pasaran bagi ciri canggihnya, BoostBills. Setelah merangkul trofi Digital – Teknologi Kewangan di Malaysia Technology Excellence Awards 2023 (Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia), BoostBills telah diiktiraf sebagai solusi sehenti pengurusan dan pembayaran bil yang paling komprehensif dan unik dalam pasaran tempatan.

Anugerah berprestij ini memberi pengiktirafan kepada peneraju inovasi industri teknologi tempatan yang dinamik. Boost muncul sebagai salah satu pemenang selepas dinilai dengan terperinci dan menyeluruh oleh panel perunding yang dihormati, yang dianjurkan oleh The Asian Business Review. Kajian kes yang dijalankan pada BoostBills jelas mempamerkan bahawa Boost berjaya menyelesaikan isu-isu and memudahkan proses pengurusan dan pembayaran bil.

Jurang dalam Pasaran

Di Malaysia, penyelidikan industri telah mengenal pasti lebih daripada 30% populasi tempatan gagal membayar bil tepat pada masa¹, dengan lebih 40% rakyat Malaysia mengakui bahawa tekanan kewangan telah menjejaskan kesihatan mental mereka². Ini tidak mengejutkan, memandangkan bil utiliti dan telekomunikasi mewakili sebahagian besar daripada purata perbelanjaan isi rumah³.

Memperhatikan bahawa terdapat jurang dalam pasaran tempatan, Boost mengkaji isu-isu yang dihadapi rakyat, dengan menjalankan tinjauan. Daripada ribuan responden, didapati bahawa lebih daripada 30% bergelut untuk menjejaki pelbagai amaun bil dan tarikh akhir pembayaran bil. Lebih 30% ingin membayar berbilang bil sekaligus, serta hampir 70% turut membantu menguruskan bil untuk tanggungan juga.

Boost Merintis Jalan

Berdasarkan penemuan tersebut, Boost bertekad untuk menyelesaikan isu-isu pengurusan dan pembayaran bil yang dihadapi rakyat melalui ciri BoostBills di aplikasi fintech semua-dalam-satunya, yang memiliki lebih 10 juta pengguna. Dilancarkan pada 2017 dan sentiasa dinaik taraf dengan inovasi termaju, BoostBills hari ini menawarkan rangkaian fungsi yang komprehensif dan unik untuk membantu pengguna mengurus dan membayar bil, tanpa tekanan.

Salah satu fungsi paling efisien yang disediakan oleh BoostBills adalah dashboard (papan pemuka) yang menyatukan semua maklumat bil ke dalam satu paparan. Ini membantu pengguna mengurangkan beban mental dengan menjejaki semua yuran tertunggak dan tarikh akhir pembayaran bil untuk pengguna, dan juga untuk tanggungan mereka. Melalui integrasi BoostBills dengan lebih 50 pembekal perkhidmatan bil, pengguna boleh mengakses maklumat yang dikemas kini pada bila-bila masa untuk semua bil mereka, termasuk bil utiliti isi rumah, telekomunikasi, pinjaman, majlis perbandaran tempatan, dan banyak lagi. Pengguna tidak perlu mengingati maklumat terperinci bagi setiap bil setiap kali.

BoostBills juga menawarkan single-tap function (fungsi satu ketik)  untuk membayar berbilang bil sekaligus. Fungsi yang cekap ini mengurangkan bilangan gerbang pembayaran dan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang diperlukan, justeru membantu pengguna menjimat masa. Tambahan pula, dengan fungsi pembayaran automatik BoostBills, pengguna tidak perlu membayar bil secara manual setiap bulan, walaupun apabila jumlahnya berbeza, seperti bagi bil elektrik, air, internet, dan telekomunikasi. Di samping itu, fungsi tambah nilai dompet automatik turut memberikan pengalaman pembayaran automatik yang tulen, tanpa gangguan.

Pengguna BoostBills juga dapat menikmati program ganjaran kesetiaan BoostUP dan Boost Missions. Dengan setiap ringgit yang dibelanjakan, pengguna akan mendapat Boost Stars, yang boleh digunakan untuk menebus penjimatan tambahan. Contohnya, fungsi Pay With Stars (Bayar Dengan Bintang) BoostBills boleh meringankan beban kewangan dengan diskaun sehingga RM10 untuk setiap bil. Selain itu, pengguna BoostBills, yang telah dipra-skor, boleh menggunakan Boost PayLater, talian kredit berpatuhan syariah, yang memberikan fleksibiliti aliran tunai.

Pertumbuhan dan Inovasi Tanpa Batasan

Setakat 2022, BoostBills mempunyai jutaan pengguna, 95% daripadanya adalah existing users (pengguna sedia ada) yang menunjukkan tahap product stickiness (kesetiaan terhadap produk) yang tinggi. BoostBills juga mengekalkan penarafan hampir sempurna, 4.4 daripada 5, daripada pengguna yang berpuas hati. Dari segi prestasi perniagaan, BoostBills menyaksikan hampir 3 bilion Boost Stars ditebus untuk Pay With Stars. Berjuta-juta ringgit kredit juga telah disalurkan melalui Boost PayLater, sambil mengekalkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) satu digit yang sihat. Pada 2022, semuanya menyumbang kepada BoostBills mencatat peningkatan hasil sebanyak 20% tahun-ke-tahun.

Metrik-metrik ini menunjukkan Boost sebagai peneraju inovasi fintech spektrum penuh terkemuka yang akan terus merintis jalan bagi inovasi baharu dalam industri. Dengan ekosistemnya yang merangkumi aplikasi fintech, penyelesaian peniaga, perniagaan pembiayaan mikro berasaskan AI, dan platform pembayaran rentas sempadan, Boost akan terus memperkasakan pelanggan dari segi kewangan.

Rujukan

¹ OECD/INFE 2020 International Survey of Adult Financial Literacy

² Study shows financial stress up 35pc in Malaysia since Covid-19 hit

³ 7 things Malaysians spend the most money on


Kandungan ini disediakan oleh Boost Malaysia


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!