malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
Majlis Perasmian Pembukaan Optometris Anggun dan Aktiviti Kolaborasi Bersama Tudung Ruffle di IOI City Mall.
Diterbitkan:  Nov 2, 2022 11:45 AM
Dikemaskini: 7:52 AM
ADS

Putrajaya, 25 Oktober 2022 – Pembukaan kedai Optometris Anggun iaitu kedai optometri baharu yang dibina dibawah konsep penyelaman dalam budaya estetika Melayu dengan sentuhan kesederhanaan telah dirasmikan menerusi Majlis Pelancaran di IOI City Mall, Putrajaya.

Kedai ini menawarkan pelbagai jenama cermin mata termasuk bingkai yang beraneka reka bentuk dan pilihan jenama kanta mengikut kesesuaian individu. Perkhidmatan pemeriksaan penglihatan komprehensif menggunakan instrumentasi berteknologi canggih dan terkini juga disediakan bagi pengetahuan lanjut mengenai keadaan mata.

Optometris Anggun telah menjemput Ybhg, Puan Pengarah Optometris Anggun Prof. Dr. Haliza Binti Abdul Mutalib, yang juga merupakan Timbalan Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Encik Mohd Faez Bin Norrizam, Pengurus Jenama dan Operasi Optometris Anggun, Puan Hanis Binti Arif, Pengasas Tudung Ruffle, Puan Didiyana Binti Ehsan, Penggaya Tudung, rakan kongsi perniagaan, garisan media dan para “influencers” untuk menyambut majlis pelancarannya. Sesi pemotongan riben diiringi oleh Dr. Haliza bersama Encik Faez dan Puan Hanis.

Untuk memeriahkan lagi majlis, Optometris Anggun telah merancang dan berkolaborasi dengan rakan perniagaan dari industri fesyen iaitu Tudung Ruffle yang juga dikenali sebagai salah satu jenama tudung bawal yang terkemuka di Malaysia. Mereka mengeluarkan koleksi tudung bawal fokus pada corak yang unik dan pilihan kain yang berkualiti. Aktiviti kolaborasi yang diadakan termasuklah 8 jenis gaya fesyen tudung dan cermin mata yang digayakan pada Dahlia Rizal sebagai model oleh Puan Didiyana Ehsan. 

Kolaborasi ini bertujuan untuk membantu pelanggan yang bertudung untuk mempelajari cara-cara yang bersesuaian dalam memadankan fesyen tudung dan pemakaian cermin mata. Keselesaan berkaca mata apabila bertudung amat penting dititikberatkan supaya individu boleh memakai cermin mata sebagai alat bantuan penglihatan atau aksesori fesyen.

Kini, cermin mata bukan sahaja digunakan untuk keperluan penglihatan, tetapi ia juga dijadikan sebagai satu aksesori wanita mahupun lelaki untuk tampil menarik dan sentiasa kelihatan yakin dengan cermin mata yang digayakan. Optometris Anggun ingin membantu pelanggannya untuk memilih cermin mata yang sesuai dipadankan dengan kuasa refraktif yang selesa untuk rawatan rabun disamping kelihatan anggun bergaya setiap masa.

Seterusnya, sesi “Meet and Greet” dengan “influencers” yang dijemput juga diadakan untuk membenarkan pelanggan untuk mengambil gambar dengan idola mereka. “Influencers” yang terlibat adalah Dahlia Rizal, Adelyn Natasha, Amal Syahmina, Masnor Tahirah dan lain-lain. Majlis Pelancaran Optometris Anggun telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan orang ramai.

Oleh itu, Optometris Anggun berharap dapat memuaskan hati pelanggannya dengan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mata komprehensif dan konsultasi bersemuka secara professional oleh barisan optometris mereka yang bertauliah. Pemeriksaan mata komprehensif atau secara menyeluruh dapat mengenalpasti penyakit mata yang boleh menyebabkan gangguan penglihatan. Di samping itu, latihan yang sewajarnya telah disediakan kepada kakitangan dan eksekutif jualan mereka demi menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Optometris Anggun telah berjaya membuka 6 cawangan yang terletak di Sunway Pyramid, Bukit Mertajam, Tebrau City, IOI City Mall, Rawang dan Mid Valley. Mereka juga bercadang untuk membuka cawangan ke-7 pada akhir tahun ini di Melawati Mall. Mereka berazam untuk menjadi pilihan kedai cermin mata dengan konsep kemelayuan yang unik dan moden untuk pelanggannya.


Kandungan ini disediakan oleh Optometris Anggun.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!