malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
Pendidikan bermatlamat dan kesihatan mental
Diterbitkan:  Oct 18, 2022 11:25 AM
Dikemaskini: 3:25 AM
ADS

Adakah remaja kita tertekan? Satu tinjauan awal tahun ini mendedahkan bahawa 59% rakyat Malaysia berumur 16-24 tahun menunjukkan tahap tekanan atau kebimbangan yang lebih tinggi dalam tempoh 12 bulan sebelum ini. Mujurlah, kumpulan warga yang lebih tua tidak membuahkan hasil yang sangat membimbangkan. Adakah ini bermakna kita harus mengambil berat tentang golongan muda, sama ada mereka di sekolah menengah, di universiti atau yang baru bekerja? Adakah ia hanya satu fasa buat masa sekarang?

Dalam generasi kebelakangan ini, COVID-19 menimbulkan krisis kesihatan global terbesar. Kesihatan mental telah terjejas teruk oleh perkara ini dan ianya berterusan. Setiap orang, terutamanya generasi muda, mengalami ketidakpastian, kebimbangan, dan pengasingan sosial.

Menikmati kesihatan mental dan kesejahteraan yang baik adalah utama untuk menjalani kehidupan yang baik, mengekalkan kesihatan fizikal, dan juga kepada produktiviti jangka panjang, daya saing dan kejayaan bagi kedua-dua individu dan negara.

Apabila kita bangkit daripada kesan pandemik, kita perlu sentiasa sedar tentang ketidakpastian masyarakat, ekonomi dan geopolitik berleluasa yang masih wujud, dan masih boleh merunsingkan kita. Walaupun sesetengah isu kesihatan mental memerlukan campur tangan psikiatri atau farmaseutikal profesional, kita boleh menyediakan persekitaran yang prihatin, di mana semangat manusia boleh bertambah baik dalam membina daya tahan individu, organisasi, komuniti dan negara. Mewujudkan persekitaran sedemikian di tempat kerja, sekolah dan rumah adalah tanggungjawab semua pemimpin. Apakah cara terbaik untuk mencapainya? Beginilah cara Heriot-Watt University Malaysia mengambil pendekatan komuniti prihatin yang didorong oleh matlamat di seluruh universiti.

Program ‘EmPOWER’ kami dibangunkan untuk membantu pelajar berkembang secara holistik. Ia adalah program berstruktur yang direka untuk mengubah set minda pelajar secara positif dan membantu mereka menjadi pelajar yang berazam dan bermatlamat yang ketahui kekuatan mereka, emosi mereka dan peluang perkembangan mereka. Terdapat empat peringkat untuk program ini:

  1. Peringkat Watt: Mengetahui dan memimpin diri

  2. Peringkat Kilo Watt: Mengetuai kumpulan

  3. Peringkat Mega Watt: Mengetuai komuniti

  4. Peringkat Giga Watt: Mengetuai perusahaan

Watt ialah unit ukuran untuk kuasa. Ia dinamakan sempena jurutera Scotland James Watt yang menyempurnakan enjin stim dan melancarkan Revolusi Perindustrian yang pertama. Komponen utama program ini ialah integrasi pembelajaran akademik dengan peluang untuk membangunkan kemahiran insaniah seperti keusahawanan, inovasi, pemikiran kritis, proses membuat keputusan, bercerita dan kerjasama. Semasa peringkat pertama, pelajar akan menemui kesedaran diri dan membina keupayaan kepimpinan yang berkesan. Dengan membangunkan kesedaran diri ini, pelajar boleh mahir dalam mengetuai kumpulan, mengetuai komuniti dan mengetuai perusahaan di mana mereka dapat membangunkan pemikiran pencipta pekerjaan.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa individu yang jelas tentang matlamat mereka dan perkara yang membawa makna kepada kehidupan mereka adalah lebih bahagia, lebih sihat dan lebih berjaya. Dalam dunia yang tidak menentu, kami percaya bahawa kami harus membina graduan yang bermatlamat dan berdaya tahan yang akan lebih bersedia menangani kerumitan dan cabaran di tempat kerja abad ke-21 ini.

Untuk mencapai itu, kami membangunkan bengkel berbilang sesi yang perlu dilalui oleh setiap pekerja dan setiap pelajar pada permulaan perjalanan mereka bersama kami untuk mengetahui siapakah diri mereka, mengenalpasti matlamat mereka dan merancang pelan untuk merealisasikan matlamat itu untuk memberi kesan positif di dunia ini. Bengkel ini merupakan bahagian penting dalam peringkat Watt program EmPOWER ini dan akan menghasilkan penciptaan ‘Impact Statement’ peribadi dimana pelajar akan menggunakan ia untuk membimbing mereka sepanjang kerjaya akademik dan seterusnya. Kami percaya bahawa mempunyai matlamat sebegini akan menjadi asas kepada kehidupan dan kerjaya yang memuaskan.

Untuk menyelaraskan lagi kesejahteraan komuniti dan pelajar, #AHappierU (U merujuk kepada diri kamu dan inisiatif universiti) digunakan di seluruh universiti untuk mempromosikan 10 kunci untuk kehidupan lebih bahagia yang dikenalpasti oleh ahli psikologi Vanessa King. Ini adalah: Giving, Relating, Exercising, Awareness, Trying-out, Direction, Resilience, Emotions, Acceptance and Meaning (GREAT DREAM). #AHappierU bertujuan untuk membina komuniti pelajar dan pekerja yang berprihatin di mana semua orang disokong dan menyokong yang lain supaya kita semua dapat mencapai potensi sepenuhnya. Pendidikan bermatlamat bukanlah satu-satunya sumber akademik; #AHappierU dipimpin oleh pelajar dan pekerja dari dalam dan luar kelas. Sumber Manusia, Perkhidmatan Kampus, Penasihat Kerjaya dan Kaunselor, semuanya memainkan peranan penting dalam menyampaikan matlamat kami yang kami ukur dengan Indeks Kebahagiaan.

Kesyukuran amat diiktiraf sebagai faktor penyumbang dalam membina kesihatan mental dan kesejahteraan yang lebih baik. Bersyukur dengan apa yang ada, dapat membantu menumpukan perhatian pada perkara baik yang berlaku dalam hidup kita dan menangani perkara negatif dengan lebih berkesan. Apabila bertukar diantara individu, ia memberi manfaat kepada kedua-dua pemberi dan penerima. Itulah sebabnya kami mengajar pelajar kami seni mengucapkan terima kasih dengan cara yang berkesan.

Teknologi adalah satu lagi cara pendekatan kami. Sebagai universiti global, kami menggunakan aplikasi SafeZone untuk ahli komuniti global kami gunakan bagi sebarang kecemasan 24/7 dimana-mana lokasi di dunia. Aplikasi yang memenangi anugerah ini disediakan untuk pekerja dan pelajar untuk digunakan dengan satu kilik butang sahaja di mana responden pertama boleh membantu hanya dalam masa beberapa saat.

Untuk mengukuhkan sokongan terhadap komuniti kami, Heriot-Watt University Malaysia juga bekerjasama dengan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) dan Green Ribbon Group (GRG) untuk menyediakan latihan kesihatan mental kepada semua pekerja kami. Kami juga mempunyai kaunselor bertauliah yang bekerja di seluruh dunia untuk membantu komuniti kami apabila seseorang memerlukan bantuan profesional.

Heriot-Watt University Malaysia, sebagai komuniti bermatlamat, percaya bahawa ianya adalah tanggungjawab kami untuk memastikan kesejahteraan emosi dan kesihatan mental pelajar, pekerja dan ahli komuniti kami. Menurunkan tahap tekanan tersebut di Malaysia adalah sesuatu yang kami ingin sumbangkan.

Kesedaran kesihatan mental adalah sesuatu yang harus diwawarkan kepada segelintir masyarakat. Ia adalah cara hidup yang diamalkan oleh ramai orang.

Profesor Mushtak Al-Atabi

Provos dan Ketua Pegawai Eksekutif

Heriot-Watt University Malaysia


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!