Anak syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), ERA Bayam Kota Sdn. Bhd. (ERA) kini dalam misi memastikan beras Basmathi berkualiti tinggi mampu dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat menerusi jenama ERA Sultan Basmathi miliknya. Justeru, satu program ringkas agihan 300 bungkus nasi lemak yang dimasak menggunakan beras ERA Sultan Basmathi telah diadakan di Taman Tasik Titiwangsa baru-baru ini.

Ketua Pengurusan Jenama dan Pembangunan Produk Baharu BERNAS, Farhan Hafetz berkata, ia merupakan peluang untuk ERA mendekati pengguna dan menjadikan beras Basmathi yang memliki kelebihan kandungan yang sihat ini dapat dirasai oleh semua dengan menawarkan harga yang berpatutan.

Program “Sultan X Rodeo Swarming Event” di Taman Tasik Titiwangsa tersebut merupakan inisiatif ERA bersama MyRodeo Sdn. Bhd. yang turut menjadi hari pelancaran peraduan ‘Sultan X Rodeo Snap & Menang’ di mana 10 pemenang dipilih pada setiap bulan sepanjang durasi peraduan untuk memenangi satu beg 5kg beras ERA Sultan Basmathi dan kemuncaknya pula, satu pemenang utama dipilih untuk membawa pulang bekalan beras tersebut selama setahun.
Peraduan ini yang berlangsung sehingga 15 November 2022 memerlukan peserta untuk menangkap gambar bersama kenderaan Sultan X Rodeo di seluruh Malaysia, ikuti Facebook atau Instagram @EraFoodsMY dan muat naik gambar tersebut di media sosial masing-masing dengan tanda pagar #BasmathiUntukSemua dan #EraMerdeka65.

Kandungan ini disediakan oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

