Roche di Malaysia menganjurkan bahagian ke-3 Siri Bicara Kehidupan bersempena sambutan ulang tahun ke-125 syarikat berkenaan. Acara tersebut merupakan satu platform untuk menginspirasi dan berkongsi pengetahuan bersama penonton luar. Diadakan dalam format perbincangan panel, siri bicara dimulakan dengan membincangkan mengenai Kesihatan Wanita dan Penjagaan Kesihatan Bersifat Peribadi, diikuti edisi terbaharu yang bertemakan Kepelbagaian & Inklusif (D&I) di Tempat Kerja yang merupakan pemangkin keterlibatan dan inovasi bakat.
Sesi Bicara ini, dikendalikan oleh penulis dan produser, Freda Liu, memaparkan panelis berikut: Duta Besar Switzerland ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Puan Andrea Reichlin; Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), YBhg Dato’ Sri Dr. Azman Aziz; Pengurus Besar Roche Services & Solutions APAC, Arno Kamm; Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn Bhd, Deepti Saraf dan Pengurus Besar Roche Diagnostics (Malaysia) Sdn Bhd., Heng Chai Yin.
Barisan panel terlibat berkongsi pandangan bahawa D&I adalah satu topik penting, khasnya dalam keadaan demografi yang pesat berubah, globalisasi dan persaingan untuk mendapatkan bakat. Perbincangan tersebut mengesahkan bahawa organisasi-organisasi yang mengamalkan kepelbagaian bukan sahaja mampu memperluaskan akses terhadap bakat-bakat terbaik tetapi turut mencapai peningkatan prestasi merentasi segala aspek, selain lebih kreatif serta inovatif.
Meskipun kebanyakan organisasi mendepani cabaran tempat kerja yang dialami sejak dua tahun lalu, namun dapat dilihat kemunculan beberapa trend jangka panjang seperti budaya kerja hibrid yang menggabungkan budaya kerja jarak jauh dan di pejabat. Pada masa sama, lebih banyak organisasi memberi keutamaan terhadap kesihatan mental serta kesejahteraan hidup warga kerjanya dan kekal bersifat terbuka dalam menawarkan fleksibiliti bekerja dari rumah. Ahli-ahli panel dalam sesi bicara tersebut turut bersetuju bahawa pandemik Covid-19 telah membuka peluang untuk kita berhenti sejenak, membetulkan semula kedudukan dan berfikir bagaimana kita boleh mencapai tahap lebih baik dalam menyemai dan mengekalkan budaya inklusif menerusi sokongan dan perkongsian amalan-amalan terbaik.
“Di Malaysia, Roche terus bekerjasama dengan PERKESO dalam usahanya untuk meningkatkan kesedaran terhadap calon-calon kelainan upaya dalam kalangan perekrut dan kakitangan, sejajar dengan usaha kami untuk terus mengambil mereka untuk berkhidmat dengan syarikat ini. Pada masa sama, kepelbagaian jantina terus menjadi satu keutamaan kami di peringkat kepimpinan mahupun populasi menyeluruh,” kata Arno Kamm, Pengurus Besar, Roche Services & Solutions APAC.
“Kekuatan Malaysia dengan memiliki tenaga kerja pelbagai kemahiran telah menyaksikan perkembangan yang mengagumkan dalam aspek D&I. Pada tahun 2022, kami menjangkakan lebih banyak syarikat mempertingkatkan pemahaman tentang manfaat D&I terhadap organisasi masing-masing. Kami komited dalam memacu program Return To Work (RTW) yang menerapkan pendekatan yang lebih selaras dalam pengurusan pampasan, perubatan dan rehabilitasi
vokasional agar membolehkan kakitangan yang cedera diambil semula untuk bekerja.
“Pada hari ini, dianggarkan terdapat 267,500 individu kurang upaya yang berada dalam usia bekerja tetapi tidak dapat memasuki pasaran kerja tempatan. Oleh itu, sekiranya syarikat-syarikat menerima kepelbagaian dan bersifat inklusif dengan mengambil kira faktor individu kurang upaya, syarikat terbabit mampu mendapat akses terhadap bakat-bakat baharu. Menerusi acara usaha sama industri seperti hari ini, kami amat berminat untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Roche untuk memperluaskan lagi kesedaran mengenai Diversiti dan Inklusif di Malaysia,” kata Gayathri Vadivel, Ketua Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO.
Deepti Saraf, Pengurus Besar, Roche (Malaysia) Sdn Bhd, berkata, “Di Roche, kami melihat kepelbagaian dan inklusif sebagai enjin inovasi dan kunci kepada kejayaan syarikat ini. Kami juga mengambil perkara berkaitan kepelbagaian dan inklusif merentasi sempadan perniagaan dan meneliti bagaimana kami dapat mengintegrasikannya dalam interaksi bersama pesakit.”
Roche percaya bahawa mempertingkatkan tahap kesihatan kesemua pesakit merupakan misi teras kami. Dalam dunia yang kian pelbagai, sekarang adalah masa yang baik dalam bidang penyelidikan dan pembangunan klinikal untuk mempertingkatkan lagi keterlibatan pesakit, merentasi kumpulan bangsa dan etnik, dalam mengoptimumkan tahap kesihatan kesemua pesakit di seluruh dunia.
“Sebagai usaha untuk menyediakan lebih banyak manfaat kepada pesakit, kami menjalin kerjasama dengan sistem penjagaan kesihatan untuk menyampaikan penyelesaian penjagaan kesihatan peribadi kepada semua pesakit, yang mana setiap daripada mereka menerima rawatan berbeza berdasarkan data peribadi atau profil genetik masing-masing. Setiap pesakit akan menerima solusi dan penjagaan yang terbaik, pada masa yang sama jalinan kerjasama kami ini juga akan membentuk sistem penjagaan kesihataan yang mampan serta berdasarkan data bermakna,” tambah Deepti.
Tuan Yang Terutama, Puan Andrea Reichlin, Duta Besar Switzerland ke Malaysia berkata, “Pada masa hadapan, bekerja secara sambilan mungkin akan menjadi tumpuan ramai. Semasa pandemik ini, kesedaran terhadap model-model kerja yang fleksibel telah meningkat di Switzerland dan pekerjaan sambilan terus mempamerkan potensi yang besar. Sebagai contoh, di Eropah, model kekeluargaan yang melibatkan kedua-dua ibu bapa mengurangkan beban kerja masing-masing merupakan satu kelaziman.”
Beliau menambah, “Berkenaan organisasi Switzerland di Malaysia, pelbagai kemajuan telah dicapai dalam memacu Kepelbagaian dan Inklusif di tempat kerja. Sebagai tambahan kepada budaya korporat yang berasaskan merit, D&I memainkan peranan penting dalam tarikan sebuah syarikat sebagai majikan. Disebabkan itu, syarikat-syarikat Switzerland sering kali menerima pengiktirafan industri. Namun demikian, untuk membuat perubahan, keadaan perundangan, politik dan sosial perlu lebih baik. Agenda 2030 memainkan peranan sebagai garis panduan untuk meletakkan usaha di arus perdana; kepusatannya diiktiraf oleh kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan korporat. Program D&I Korporat adalah satu alat untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari, satu contoh yang turut melibatkan kesamaan jantina.”
Heng Chai YIn, Pengurus Besar, Roche Diagnostics (Malaysia) Sdn Bhd berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang berpacukan sains, kami sentiasa mencari bakat untuk memimpin teknologi penjagaan kesihatan pada masa hadapan. Warga kerja kami adalah sumber kolektif inovasi Roche dan merupakan faktor paling penting dalam keupayaan kami untuk menyediakan khidmat kepada pesakit. Oleh demikian, kepelbagaian dan inklusif adalah satu keutamaan untuk kami. Malah, kejayaan kami dalam mewujudkan tempat kerja yang benar-benar pelbagai dan inklusif adalah terbukti. Pada masa ini, Roche di Malaysia diwakili oleh lebih 20 warganegara.
Di peringkat global, wanita mewakili 49.3% daripada jumlah tenaga kerja di Roche dengan 43.6% di peringkat pengurusan. Sebahagian daripada komitmen kami untuk menjadikan Roche sebagai satu tempat kerja yang hebat serta untuk memacu inovasi, kami menggalakkan peluang sama rata dan mengukur bilangan wanita yang mencapai kedudukan kepimpinan. Ini merupakan satu langkah penting ke arah kesamarataan(1).
Dorongan cita-cita tersebut adalah penyediaan matlamat dari peringkat global, program dan tadbir urus Kepelbagaian dan Inklusif Global serta langkah tindakan tempatan di lebih 70 negara di seluruh dunia,” tambah Heng Chai Yin, Pengurus Besar, Roche Diagnostics.
Tanggungjawab sosial korporat, amalan beretika dan kepelbagaian dalam perniagaan, menghormati hak asasi manusia, akses yang mampan dan komitmen dalam melindungi alam sekitar telah menjadi keutamaan di Roche selama bertahun-tahun(2). Buat 12 kali berturut-turut, Roche telah diiktiraf sebagai salah satu syarikat paling mampan dalam Industri Penjagaan Kesihatan oleh Indeks Kemampanan Dow Jones.
Pada tahun 2021 dan 2022, Roche meraikan pencapaiannya, usaha yang sedang diambil dan langkah masa hadapannya. Ia meraikan kehidupan. Kehidupan - penuh keindahan dan kerumitan dengan momen-momen yang perlu dinikmati, dikongsi dan diingati. Kehidupan - dipertingkatkan oleh sains, mengubah rasa putus asa kepada harapan.
Bagi meraikan peristiwa bersejarah ini, Roche melancarkan sebilangan aktiviti peringkat global dan tempatan untuk meraikan saat-saat kehidupan, sama ada mencipta memori baharu yang terus bergema dan merencana masa depan, atau berhenti seketika untuk mengimbau sejarah silam yang penuh makna.
(1) Diversity & Inclusion. Boleh ditemui di https://careers.roche.com/global/en/diversity-and-inclusion. Akses terakhir pada 22 Februari 2022.
(2) Sustainable Development Goals. Boleh ditemui di https://www.roche.com/sustainability/un-sdgs.htm. Akses terakhir pada 15 Februari 2022.
Kandungan ini disediakan oleh Roche Malaysia.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

