malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
Go Digital ASEAN telah memperkasakan lebih 7,000 rakyat Malaysia ke arah literasi digital di musim pandemik
Diterbitkan:  Oct 6, 2021 5:44 PM
Dikemaskini: 9:50 AM
ADS

05 Oktober 2021, Kuala Lumpur - Ketika dunia beransur normal, ramai rakyat Malaysia yang masih terkesan dengan impak ekonomi disebabkan oleh wabak Covid-19. Dengan kadar pengangguran yang masih tinggi di beberapa kawasan dalam negara, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah mengambil langkah penting untuk meningkatkan tahap kemampuan rakyat Malaysia melalui program latihan digital. Sebagai wakil tempatan Jawatankuasa Penyelaras ASEAN (ACCMSME), MEDAC telah menyokong Go Digital ASEAN - inisiatif yang dirancang untuk melengkapkan perusahaan mikro dan kecil, serta belia yang menganggur untuk mempelajari kemahiran dan alat digital kritikal yang akan membantu meningkatkan literasi digital mereka.

150 orang pelatih di seluruh negara telah digerakkan sejak pelancaran program ini pada tahun 2020, dan kini lebih daripada 7,000 pencari kerja, dan pengusaha, termasuk wanita dan belia yang menganggur, dari masyarakat luar bandar terutamanya kumpulan orang asli dan orang kurang upaya telah menyelesaikan kursus literasi digital dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Peserta mendapat manfaat daripada modul yang dikhususkan untuk mencari pekerjaan dalam talian dengan berkesan, memulakan perniagaan mereka sendiri, dan meningkatkan keterlihatan perniagaan mereka dalam talian. Baru-baru ini, inisiatif ini telah melancarkan kempen #TalianRezeki yang menampilkan selebriti-selebriti tempatan seperti pelakon Dato ’Afdlin Shauki, hos televisyen Razif Hashim, chef selebriti Ili Sulaiman, dan banyak lagi sebagai penceramah jemputan pada sesi secara maya. Berlangsung pada setiap hari Sabtu dari 25 September hingga 9 Oktober, selebriti tempatan berkongsi pengalaman tentang bagaimana mereka berjaya memacu perniagaan mereka dalam talian pada tahun yang lalu dan memberi dorongan kepada para peserta untuk berjaya.

Melalui kerjasama dengan The Asia Foundation, dengan sokongan dari Google.org, inisiatif ini bertujuan untuk melatih hingga 200,000 orang di semua 10 negara ASEAN termasuk mereka dari kawasan luar bandar dan masyarakat yang kurang bernasib baik — termasuk usahawan, belia yang tidak bekerja, dan wanita. Dengan bekerjasama dengan rakan pelaksana tempatan di seluruh Asia Tenggara, geran USD3.3 juta ini diharapkan akan memperluas penyertaan dalam ekonomi digital untuk merangkumi kumpulan yang paling banyak memperoleh kebaikan kemahiran, seperti literasi digital dan kesedaran keselamatan dalam talian. Di Malaysia, program Go Digital ASEAN dilaksanakan oleh International Youth Center (IYC) dan StartupMalaysia.

Seorang peserta yang telah menamatkan kursus Go Digital ASEAN, Saferizal, mempelajari set kemahiran asas web dan e-dagang yang membolehkannya mencipta laman web sendiri dan menyenaraikan barang dagangannya di laman web e-dagang yang popular. Dia berkongsi, "Saya dapat meningkatkan jualan saya sebanyak 80 peratus dengan menjalankan perniagaan dalam talian". Terbuka kepada sesiapa sahaja yang menyertai platform go-digital.my, siri acara ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada mereka yang mencari panduan untuk meningkatkan peluang ekonomi ketika negara kian pulih dari wabak global Covid-19.

Untuk menyertai sesi yang akan datang, sila layari www.go-digital.my/talianrezeki atau emel ke [email protected] untuk maklumat lebih lanjut.

Mengenai Go Digital ASEAN

Inisiatif Go Digital ASEAN ini adalah untuk memperkasakan perusahaan mikro dan kecil, serta belia yang menganggur, terutama yang berada di kawasan luar bandar dan terpencil, dengan kemahiran dan alat digital yang penting, memperluas peluang ekonomi di seluruh negara ASEAN, dan mengurangkan kesan negatif daripada krisis Covid-19.

Disasarkan kepada masyarakat terpinggir di seluruh ASEAN, inisiatif Go Digital ASEAN dicipta untuk melengkapkan perusahaan kecil, medium dan sederhana (PMKS) dan tenaga kerja, terutama yang berada di kawasan luar bandar dan terpencil, dengan kemahiran dan alat digital; mengembangkan peluang ekonomi ke seluruh negara ASEAN, dan mengurangkan kesan negatif daripada krisis Covid-19. Projek ini akan menjangkau sehingga 200,000 orang dan PMKS luar bandar di seluruh negara.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Qistina Kamarudin

The Asia Foundation

[email protected]

Vani Dhakshinamoorthy

Startup Malaysia

[email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!