Biarpun sudah menginjak usia 25 tahun, sehingga kini francais hiburan terkenal era 90-an, Pokémon masih digemari kanak-kanak dan golongan dewasa seluruh dunia. Ramai antara kita tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai pengembaraan epik dalam dunia Pokémon yang berwarna-warni.
Pokémon yang merupakan singkatan dari "Pocket Monsters", telah dicipta oleh Satoshi Tajiri pada tahun 1996. Francais ini pada mulanya adalah sebuah majalah permainan di Jepun dikenali sebagai Game Freak.
8 Generasi Pokémon
Pada 26 Februari 1996 edisi pertama Pokémon Merah dan Hijau telah diperkenalkan untuk “Game Boy” di Jepun. Apabila permainan tersebut menjadi terkenal, Pokémon versi Merah dan Biru telah diprogramkan untuk siaran antarabangsa. Permainan generasi pertama ini telah memperkenalkan 151 karakter Pokémon asli.
Generasi kedua Pokémon bermula pada tahun 1999 dengan pelancaran Pokémon Emas dan Perak. Seperti generasi sebelumnya, selepas beberapa penambahbaikan dilakukan versi tersebut ditukar kepada Pokémon Kristal.
Setiap generasi baru akan memperkenalkan konsep Pokémon yang baharu. Misalnya, Pokémon Ruby dan Nilam adalah generasi ketiga yang telah memperkenalkan 135 Pokémon baharu. Pada tahun 2006, generasi keempat francais adalah Pokémon Berlian dan Mutiara. Generasi kelima pula iaitu Pokémon Hitam dan Putih telah diperkenalkan pada tahun 2010 dan sebagainya sehinggalah generasi kelapan yang dikeluarkan pada tahun 2019.
Sebilangan besar permainan video Pokémon telah dikembangkan secara eksklusif untuk telefon bimbit Nintendo dan konsol permainan video, bermula dari Game Boy hingga konsol permainan video generasi terkini.
Pada tahun 2016, Pokémon GO telah menjadi fenomena baharu di Malaysia. Permainan binaan Niantic tersebut menggamit perhatian orang ramai melalui penggunaan teknologi “global positioning system” (GPS) dan realiti saduran pada smartphone pemain.
Pokémon bukan sahaja telah menjadi jenama mainan terlaris di dunia malah telah berkembang menjadi fenomena sosial dan media. Lebih daripada 1,000 episod anime telah dihasilkan dan ditayangkan, di seluruh dunia. Anime tersebut juga mempunyai “spin-off” tersendiri seperti Pokémon “Chronicles”, Pokémon “Sunday” dan banyak lagi. Di samping itu, terdapat juga filem aksi langsung, permainan kad perdagangan, buku, komik manga, muzik, barang dagangan, taman tema dan banyak lagi.
Pokémon UNITE
Pada 22 September yang lalu, “Tencent Games” dan “The Pokémon Company” telah bekerjasama bagi menghasilkan permainan baru iaitu Pokémon UNITE yang boleh didapati di Nintendo Switch dan peranti mudah alih.
Pokémon UNITE adalah permainan video arena pertempuran dalam talian percuma dan merupakan sebuah permainan “team battle” yang mempunyai ciri-ciri permainan “Multiplayer Online Battle Arena” MOBA seperti Mobile Legends: Bang Bang dan Arena of Valor.

Permainan video baharu ini membolehkan kita berinteraksi bersama Pokémon kegemaran dalam cara yang sangat berbeza berbanding permainan lain dalam francais. Kini, Pokémon UNITE telah mencapai 25 juta muat turun untuk versi Nintendo Switch dan versi telefon pintar!
Menurut data daripada Sensor Tower, Pokémon UNITE telah melepasi 15 juta muat turun dalam tempoh 2 hari, menjadikannya pelancaran permainan MOBA terbesar menerusi peranti mudah alih. Sehubungan itu, Pokémon UNITE juga telah menjadi permainan percuma # 1 di 65 negara daripada 73 negara setelah hanya 2 jam dilancarkan, termasuk Malaysia.

Sudah tiba masanya untuk bertempur! Pelatih!
Sama seperti mana-mana ciri MOBA, mekanik utama permainan ini adalah untuk meningkatkan daya saing watak. Dalam setiap perlawanan Pokémon UNITE, 10 pemain akan dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pemain akan memilih dan bermain sebagai salah satu Pokémon yang disediakan. Pasukan yang mengumpul markah tertinggi akan menjadi pemenang.
Untuk mendapatkan markah, pemain harus menewaskan dan menangkap Pokémon yang liar di sekitar peta dan hantar Pokémon tersebut ke kawasan gol. Pemain juga perlu melepasi peringkat demi peringkat untuk membentuk evolusi baru. Menariknya, permainan ini merupakan permainan pertempuran pasukan strategi 5-ke-5 yang pertama!
Proses evolusi Pokémon ini akan berlangsung di tengah pertempuran. Sebagai contoh, jika pemain memainkan watak Charmander, Pokémon ini akan berevolusi menjadi Charmeleon pada peringkat keempat, lalu berubah menjadi Charizard pada peringkat kesembilan.
Bersatu teguh, bercerai roboh
Elemen bekerjasama dalam permainan video ini adalah amat penting. Semasa memilih Pokémon, pemain perlu mempertimbangkan peranan Pokémon tersebut dalam pasukan. Adakah anda akan menjadi Penyerang seperti Pikachu dan fokus untuk menjatuhkan Pokémon lain? Pilih Pembela seperti Snorlax yang hebat dan kuat untuk mengelakkan musuh menjaringkan gol? atau naikkan skuad anda dengan watak penyokong seperti Blissey dan Eldegoss? Keputusannya adalah di tangan anda!
Setiap Pokémon mempunyai “Unite Move” khas yang dapat mengubah arus pertempuran dengan cepat. Pikachu, misalnya, dapat mengalahkan sekumpulan musuh dengan Badai Petir epiknya, sementara Absol's Midnight Slash dapat mengalahkan lawan dengan serangan yang pantas. Dengan lebih daripada 20 karakter yang tersedia semasa pelancaran — seperti Charizard, Machamp, dan Alolan Ninetales.
Jadi tunggu apa lagi? Sebarkan permainan video ini kepada keluarga dan rakan anda dan main bersama-sama. Muat turun aplikasi Pokémon UNITE di Mobile App Store atau di Google Play hari ini! Jarak bersosial tidak bermakna anda tidak bersosial.

