malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Pengumuman
Keselamatan jalan raya: 9 tip yang patut diamalkan sepanjang tahun
Diterbitkan:  Jul 23, 2021 6:28 PM
Dikemaskini: 10:28 AM
ADS

Walaupun jumlah kenderaan berkurangan di jalan raya berikutan sekatan perjalanan dan mengurangkan kes kemalangan, ia tidak menghalang pengguna jalan raya untuk memandu dengan laju.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), 418,237 kemalangan jalan raya telah dilaporkan pada tahun 2020 walaupun terdapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kurang kenderaan di jalan raya tahun lepas.

“Kadang-kala, apabila lebuhraya dan simpang jalan hampir kosong ini boleh menimbulkan keinginan untuk memandu laju atau melanggar peraturan lalu lintas. Seseorang mungkin berfikir tidak salah untuk sekali sekala melanggar peraturan, tetapi ia boleh mendatangkan masalah. Anda mungkin terdedah kepada risiko dan bahaya ketika berada di atas jalan raya kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa,” kata Damian Williams, Ketua Tuntutan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

“Sebenarnya, walaupun terdapat pelbagai PKP tahun lepas, perkhidmatan bantuan tepi jalan dan kemalangan kami – Allianz Road Rangers – telah berkhidmat kepada lebih 67,000 pelanggan di seluruh negara. Jadi, pengurangan kenderaan di jalan raya tidak bermakna tiada kemalangan, dan kita harus sentiasa beringat untuk kekal selamat dan sentiasa berjaga-jaga ketika berada di jalan raya,” tambah Damian.

Berikut adalah sembilan tip keselamatan jalan raya mudah yang boleh diamalkan sepanjang tahun.

  1. Utamakan keselamatan!... kunci pintu anda dan sentiasa pakai tali pinggang keledar (ini juga peringatan untuk penunggang motosikal!) Dan, pastikan barangan anda selamat dan terkawal, serta pastikan kenderaan anda mempunyai minyak yang secukupnya.

  1. Pemanduan defensif adalah perlu dan kekal berjaga-jaga. Anggap apa sahaja boleh terjadi! Anggap pemandu lain tidak akan memberikan anda laluan. Anggap ada pemandu yang akan melanggar lampu merah, mengekori anda terlalu rapat, dan mungkin mempunyai lampu brek yang tidak berfungsi.

  1. Berbudi Bahasa di jalan raya. Beri laluan kepada pengguna jalan raya yang lain, sama ada penunggang motosikal atau basikal, pelari, serta pejalan kaki.

  1. Pastikan “tiada” gangguan… ini termasuk penggunaan telefon bimbit anda, menggunakan sistem navigasi kenderaan atau konsol digital, atau menukar stesen radio.

  1. Jangan mengekori dengan rapat. Sentiasa cuba untuk kekalkan jarak antara kereta lain dan kereta anda. Jika dalam kecemasan, ini akan memberikan anda masa yang cukup untuk menghentikan kereta jika perlu. Juga lebihkan jarak kenderaan anda dengan yang di hadapan ketika berdepan dengan cuaca buruk, seperti hujan lebat atau keadaan penglihatan rendah.

  1. Jangan melebihi had laju. Jangan rasa tertekan untuk memecut apabila berdepan dengan pemandu yang tidak sabar. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memandu pada kelajuan yang sesuai dengan keadaan sekeliling.

  1. Kenalpasti titik buta anda. Setiap kenderaan mempunyai titik buta. Ini selalunya melibatkan mana-mana kawasan yang dihalang oleh tiang depan dan belakang kenderaan anda. Ketahui titik buta kenderaan anda dan sentiasa berjaga-jaga: sentiasa periksa cermin pandang belakang dan cermin luar ketika bertukar laluan atau mengundur dari tempat letak kereta.

  1. Think, look, signal, look again. Apabila anda mula bergerak, membelok, menukar laluan, berhenti, memotong, atau membuat pergerakan yang lain, sentiasa amalkan rutin berikut – fikir, lihat, beri isyarat, dan lihat kembali.

  1. Katakan tidak kepada memandu konvoi dengan rakan… ini kerana mengekori kenderaan rakan anda mungkin akan mengakibatkan anda untuk memecut, melanggar lampu merah, atau menukar laluan dengan segera. Jika anda menghala ke lokasi yang sama, pilih untuk mengunakan sistem navigasi sendiri. Dengan cara itu, anda berdua boleh tiba ke destinasi anda, tanpa tekanan dan bahaya.

Berikut adalah beberapa perkara tambahan untuk dipertimbangkan:

  • Jangan melebihi beban kenderaan anda, sama ada dari segi penumpang atau muatan.

  • Sebelum memandu, rancang perjalanan anda. Peruntukkan masa yang cukup untuk tiba ke destinasi anda, jangan terburu-buru.

  • Jangan tinggalkan kunci kereta di dalam suis pencucuh atau tinggalkan enjin kereta hidup untuk tempoh masa yang lama.

  • Jangan tinggalkan anak anda di dalam kereta berseorangan, dan sentiasa periksa tempat duduk belakang sebelum anda masuk atau tinggalkan kereta.

  • Letak kereta anda di tempat letak khusus dengan elok untuk tidak mengganggu atau membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Di samping itu, ia juga penting untuk memiliki insurans dan rakan insurans yang tepat! Jika anda seorang pemegang polisi Komprehensif Motor (Kereta Persendirian) dengan Allianz, hubungi Allianz Road Rangers di 1-800-22-5542 untuk apa juga bantuan tepi jalan atau kemalangan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan Allianz Road Rangers, layari allianz.com.my/road-rangers.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. 


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.