Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen dan juga pengedar produk makanan sejuk beku LengQuas.
Tawaran ini dibuat secara meluas ekoran permintaan tinggi dalam pasaran terhadap produk LengQuas dan KOPETRO ingin menambah lagi jumlah ejen yang berdaftar secara sah.

Inisiatif ini bertujuan untuk mengembangkan lagi jaringan produk LengQuas dalam pasaran tempatan. KOPETRO ingin menambah lebih ramai ejen dengan sasaran seramai 1000 ejen berdaftar pada suku ke-4 2021. Sehingga 31 Mei 2021, KOPETRO telah miliki seramai 322 ejen berdaftar di seluruh negara.
Ejen-ejen yang telah berdaftar akan dibekalkan bahan Promosi yang lengkap seperti risalah, bunting Produk dan juga bahan promosi berbentuk dalam bentuk digital. Ia bertujuan untuk membantu para ejen memasarkan produk LengQuas lebih efektif.
Sehubungan dengan itu, dengan sokongan penuh oleh pihak pemasaran LengQuas, pengaktifan keahlian sebagai ejen sah akan diperkenalkan secara rasmi di laman-laman
sosial rasmi dan laman sesawang LengQuas bagi memudahkan para pelanggan untuk berhubung dengan ejen tersebut. Selain itu, bagi meningkatkan hasil jualan dalam pemasaran, LengQuas turut melancarkan beberapa peraduan dan promosi bermusim untuk menarik minat pelanggan.

Mempunyai 21 menu makanan tradisional dan antarabangsa, antara produk sejuk beku keluaran LengQuas yang mendapat permintaan yang tinggi adalah Daging Masak Hitam, Daging Dendeng, Ayam Rendang, Ayam Percik dan banyak lagi. Selain itu, makanan
Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma dan beberapa menu lain juga turut disediakan. Cukup menarik juga LengQuas turut menyajikan tambahan dua menu baharu makanan antarabangsa, iaitu, Beef Stew dan Chicken Glaze.
Dengan menggunakan teknologi ‘blast freezer’, produk yang sedang meningkat naik dalam pasaran tempatan ini juga merupakan produk sejuk beku yang dihasilkan tanpa sebarang bahan pengawet. Tambahan pula, LengQuas adalah produk bumiputera yang diiktiraf pensijilan produk terkemuka dan pastinya halal.


Bagi sesiapa yang berminat untuk mendaftar sebagai ejen atau pengedar produk LengQuas, anda boleh hubungi hotline LengQuas di talian 017-319 5764 untuk maklumat lanjut. Untuk perincian produk, sila layari laman-laman sosial rasmi LengQuas, @lengquas.official di Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok. Klik pautan yang disediakan di bio profil dan klik butang ‘Contact Us’ untuk menghubungi pihak pemasaran LengQuas.
Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

