LengQuas, jenama makanan sejuk beku keluaran Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) kini menyasarkan untuk menembusi pasaran antarabangsa pada suku ke-3 tahun 2021.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, En. Ahmad Shakir Bin Ahmad Ubaidah, semenjak produk LengQuas diiklankan melalui siaran televisyen, permintaan terhadap produk ini melonjak kepada dua kali ganda daripada kapasiti pengeluaran biasanya.

“LengQuas buat masa kini meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran sehingga sebanyak 32,000 bungkusan makanan atau 7 tan sebulan dan peningkatan ini adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi terutamanya oleh penduduk di sekitar Lembah Klang.”
Beliau juga menambah, KOPETRO bersiap sedia untuk meningkatkan lagi pengeluaran sehingga sebanyak 1 juta bungkusan makanan atau 200 tan setahun bagi mengembangkan liputan pasaran dengan mengeksport produk LengQuas ke pasaran antarabangsa. Tambahan lagi, pengiktirafan sijil Veterinary Health Mark (VHM) dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah pun diperoleh pada bulan Mei tahun ini serta proses perundingan bersama beberapa pengeksport serta pengedar luar sudah hampir selesai bagi membolehkan produk sejuk beku LengQuas untuk dieksport dan dipasarkan di Arab Saudi serta negara- negara Timur Tengah.

“Mula menembusi pasaran tempatan pada tahun 2019, LengQuas menawarkan 14 hidangan lauk-pauk tradisional. Selain dari lauk yang sedia ada, LengQuas menambah lagi lima menu tradisional seperti Daging Lemak Kuning, Kari Daging, Asam Pedas Daging, Kuah Kacang dan Daging Dendeng, serta tambahan dua menu baharu makanan antarabangsa, iaitu, Beef Stew dan Chicken Glaze, dengan jumlah 21 produk kesemuanya pada tahun 2021”, ujar En. Ahmad Shakir lagi.
Kesemua produk makanan sejuk beku LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia serta pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.

KOPETRO juga ingin berkongsi kegembiraan bersama pelanggan mereka menerusi Peraduan Makan & Menang. Peraduan yang telah bermula pada 1 April pada tahun ini telah berjaya menarik sejumlah penyertaan dan akan berlangsung sehingga 30 Jun 2021. Antara hadiah lumayan yang disediakan bagi pemenang-pemenang peraduan ini adalah peralatan memasak jenama Thermomix, peti sejuk Toshiba, ketuhar gelombang dan juga beberapa peralatan dapur lain.
Untuk info lanjut mengenai LengQuas dan mengetahui tentang promosi-promosi terkini daripada LengQuas, layari dan ikuti akaun @lengQuas di Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok atau hubungi hotline LengQuas di talian 017-319 5764.
Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

