malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Advertorial
HUAWEI Petal Search (Peraduan Artikel) - Denan Raj Naidu
Diterbitkan:  Jan 7, 2022 3:31 PM
Dikemaskini: Feb 18, 2022 5:39 PM

Sejak kehilangan akses kepada Perkhidmatan Mudah Alih Google pada tahun 2019, HUAWEI kemudian melonjak kembali pada tahun 2020 apabila berjaya melancarkan enjin carian yang dikenali sebagai Petal Search, yang diterbitkan di Galeri Aplikasi HUAWEI. Inisiatif ini memudahkan pengguna HUAWEI untuk mencari aplikasi dengan lebih mudah.

Apa itu Petal Search?

Seperti istilah namanya, Petal Search adalah sebuah aplikasi carian. Ia berfungsi sebagai satu aplikasi setempat untuk pengguna HUAWEI melakukan pencarian aplikasi yang diminati, dan untuk mengakses internet. Sekarang pengguna dapat memuat turun aplikasi semudah seperti memetik kelopak bunga.

Maklumat dapat diperolehi daripada pelbagai perkhidmatan tempatan, merentasi kategori yang berbeza untuk pengalaman carian yang komprehensif.

Memperibadikan tetapan segerak anda!

Dengan dunia di hujung jari anda, HUAWEI Petal Search melebihi jangkaan anda dalam setiap cara yang mungkin. Antara ciri uniknya ialah pengguna dapat menguruskan halaman utama mereka mengikut cita rasa. Ini dapat memastikan aplikasi adalah lebih teratur untuk kegunaan harian. Dengan menggunakannya, pengguna boleh mencari di web untuk gambar, video, berita dan apa sahaja, selain memudahkan mereka mengakses maklumat terkini dan popular dengan mudah. Yang menariknya, keseluruhan halaman Petal Search boleh diterjemahkan kepada bahasa yang diinginkan!

Pengalaman Beli Belah yang Mudah

Sejak pasaran e-dagang memainkan peranan yang besar di Malaysia, ramai pengguna kini lebih gemar menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Menerusi Petal Search, pengguna dapat membandingkan produk kegemaran merentasi pelbagai platform e-dagang seperti (Shopee, AliExpress, Lazada dan lain-lain) kerana terdapat kemudahan penapis yang disediakan pada halaman utama seperti julat harga, jenama, saiz, penghantaran, tawaran dan diskaun!

"Petal Search Nearby"

Dengan Petal Search Nearby, anda boleh mencari lokasi di sekeliling anda dengan cepat dan mudah (contohnya, restoran berdekatan, hotel, pusat kesihatan dan perkhidmatan yang lain); sekarang semuanya hanya di hujung jari anda!

Lagi satu berita yang baik ialah ciri 'Scholar' di halaman Petal Search. Ciri ini adalah sangat berguna bukan sahaja kepada para pelajar malah kepada semua individu, untuk mencari bahan rujukan, artikel ilmiah dan akademik di Web. Kandungan rujukan yang disediakan boleh digunakan untuk menyelam jauh ke dalam mana-mana topik yang ingin dicarikan.

Cara untuk memuat turun Petal Search?

Proses memuat turun Petal Search adalah sangat mudah! Anda hanya perlu melawati Galeri Aplikasi HUAWEI dan muat turunnya dari sana.

Adakah Petal Search selamat diguna?

Sejak penggunaan internet menjadikan dunia lebih kecil melalui sentuhan di hujung jari, terdapat ramai ibu bapa yang risau terhadap anak- anak mereka yang mungkin akan terdedah kepada pengaruh pengamalan negatif menerusi dunia siber. Kini mereka tidak perlu bimbang lagi!

Petal Search mengamalkan pematuhan piawaian perlindungan privasi dan hak cipta yang ketat, ini menunjukkan kepada pelanggan bahawa mereka mengambil berat terhadap privasi data individu.

Melalui Petal Search pengguna boleh menggunakan penyemakan imbas Inkognito untuk memastikan data peribadi tidak akan dijejaki atau dianalisis. Selain itu, pengguna juga boleh meletakkan sekatan untuk menapis kandungan haram, mempunyai perlindungan hak cipta dan data anda akan disimpan hanya di rantau anda supaya dapat menjamin keselamatan.

Jadi tunggu apa lagi? Biar ciri Petal Search melakukan kerja anda! Muat turun Petal Search dari AppGallery atau layari www.petalsearch.com hari ini!

----------------
Ditulis oleh:

Denan Raj Naidu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!