malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Woods nafi mabuk ketika ditahan polis
Diterbitkan:  May 30, 2017 3:22 PM
Dikemaskini: 7:25 AM
ADS

Legenda golf dunia, Tiger Woods, membuat penafikan beliau mabuk ketika di tahan polis Florida ketika memandu semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Woods berkata, alkohol sama sekali tiada kaitan dengan penahanannya, tetapi ia berkait dengan pengambilan ubat.

Bagaimanapun, Woods tetap memohon maaf dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap perkara itu.

"Saya mahu orang ramai tahu bahawa alkohol tidak menyebabkan penahanan saya.

"Apa yang berlaku adalah tindak balas di luar jangkaan kesan daripada ubat-ubatan yang diambil. Saya tidak sedar campuran ubat-ubatan ini memberikan kesan kuat," katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Reuters.

"Saya ingin minta maaf kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat. Saya juga berharap sesuatu yang lebih dari diri sendiri," tambahnya.

Terdahulu, pemain golf berusia 41 tahun itu ditahan dalam keadaan tidak terurus kira-kira jam 7 pagi semalam dan dibebaskan beberapa jam kemudian.

Sementara itu, Woods turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis Florida atas kerjasama dan sikap profesional yang baik.

Lihat Komen