malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Anak didik Johan Cruyff pilihan Barcelona
Diterbitkan:  May 30, 2017 11:46 AM
Dikemaskini: 3:51 AM
ADS

Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona awal pagi tadi mengumumkan pengganti Luis Enrique iaitu bekas jurulatih Athletic Bilbao, Ernesto Valverde bagi posisi pengurus pasukan itu.

Valverde akan diperkenalkan sebagai pengendali skuad Blaugrana secara rasmi pada Khamis ini, lapor Reuters.

Bekas penyerang berusia 53 tahun itu sendiri merupakan bekas pemain Barcelona sekitar tahun 1988 hingga 1990 ketika di bawah bimbingan legenda bola sepak dunia, Johan Cruyff.

"Ini amat menggembirakan. Dia memiliki kemampuan, pengalaman dan pengetahuan untuk tugas ini," kata Presiden Barcelona Josep Mari Bartomeu dalam kenyataannya.

"Dia menyukai bola sepak dan memiliki karekter yang tepat untuk melatih kelab ini sekali gus tahu bagaimana cara kerja kelab.

"Dia juga seorang yang ghairah terhadap bola sepak dan tertarik untuk bekerja dengan teknologi terkini serta tahap tertinggi," tambah kenyataan itu.

Valverde melangkah ke bidang kejurulatihan melalui pasukan junior Athletic Bilbao dan rekod jurulatih terlama kelab itu dengan melalui 308 perlawanan dalam tempoh enam tahun.

Selain membawa Athletic ke pertandingan peringkat Eropah, dia hanya menggunakan khidmat pemain tempatan Basque sekali gus mengakhiri penantian 31 tahu kelab untuk menjuarai Piala Super Sepanyol 2015 dengan kemenangan 5-1 ke atas Barcelona.

Selain itu, dia juga sempat bermain dan melatih kelab Espanyol dengan pencapaian terbaik ke perlawanan akhir Piala UEFA 2007 meski pun tewas berdepan Sevilla.

Sementara itu, perkembangan sama menyaksikan Valverde turut membawa dua pembantunya dari Athletic ke Barcelona iaitu Jon Aspiazu dan jurulatih kecergasan, Jose Antonio Pozanco.

Terdahulu, Luis Enrique mengakhiri tugas akhirnya selepas tiga tahun di Barcelona pada 27 Mei lalu, selepas mengalahkan Alaves 3-1 untuk menjuarai Copa Del Rey.

Lihat Komen