malaysiakini logo
story-image
ADS

Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sebanyak dua kali dalam tempoh 48 jam selepas melakukan catatan 61.56 meter (m) pada kejohanan di Republik Czech, lewat malam tadi.

Catatan terbaru oleh atlet berusia 22 tahun itu sekali gus memadamkan rekod lamanya iaitu 61.10m yang dicipta pada Kejohanan Hallesch Werfertage di Halle, Jerman, Ahad lepas.

Muhammad Irfan mencipta rekod terbaru itu pada balingan keempat.

Kejayaan itu juga merupakan suntikan semangat kepada atlet berasal dari Negeri Sembilan itu untuk mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 19-30 Ogos ini.

Pada Sukan SEA 2015 di Singapura, beliau menyumbang pingat emas dengan catatan 56.62m.

-Bernama

Lihat Komen