malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Tiada masalah kempen Piala Asia di Larkin - Khairy
ADS

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya semua aksi skuad kebangsaan untuk kempen kelayakan Piala Asia 2019 berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kepada kemudahan yang terbaik yang sedia ada di stadium berkenaan.

"Saya tidak ada apa-apa masalah sekiranya stadium itu digunakan untuk apa-apa perlawanan pasukan kebangsaan tapi untuk Sukan SEA ini, ia akan dimainkan di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian penajaan Sukan SEA ke-29 dengan McDonald's Malaysia di Putrajaya hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan semua aksi skuad negara dalam kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Katanya FAM telah menghantar surat kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung perkara berkenaan.

Sebelum ini, gelanggang bagi perlawanan kelayakan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor dan Stadium Nasional, Bukit Jalil.

-Bernama

Lihat Komen