malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Penalti tak masuk, JDT tetap menang
Diterbitkan:  Apr 19, 2017 8:58 PM
Dikemaskini: 1:27 PM
ADS

Skuad bola sepak JDT berada di landasan tepat untuk mara ke peringkat seterusnya Piala AFC 2017.

Harimau Selatan menang 3-0 pada aksi kelima kumpulan F berdepan kelab dari Kemboja, Beoungket Ket Angkor, di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, sebentar tadi.

Anak buah Benjamin Mora selesa mendahului tuan rumah dengan dua gol pada separuh masa pertama.

Walaupun mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol ketiga lebih awal melalui sepakan penalti, Azammudin Akil gagal menyudahkannya dengan sempurna.

Dalam insiden minit ke-43 itu, sepakan Azammuddin berjaya dihalang penjaga gol lawan, Sou Yaty.

Di awal perlawanan, Beoungket dilihat lebih menguasai permainan berbanding JDT tampil dengan rentak perlahan dan berhati-hati.

JDT bagaimanapun agresif melakukan serangan balas pantas yang memberi

Bagaimanapun, pasukan pelawat tampil membuat kejutan seawal minit ketujuh untuk mendahului 1-0 melalui sentuhan pemain sayap, Safawi Rasid.

Beoungket terus tertekan dipertengah babak pertama apabila Faiz Nazmi bijak memperdayakan pertahanan lawan untuk gol kedua JDT.

Kesilapan Yaty meninggalkan gawangnya diambil kesempatan oleh Faiz dengan rembatan cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-27.

Aksi 45 minit kedua pula JDT ternyata lebih tenang menghadapi asakan lawan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan rakan-rakan seperti melayan rentak permainan Beoungket.

Walaupun menurunkan penjaga gol ketiga, Haziq Nadzli dilihat berjaya melakukan tugasnya dengan cekap dibantu keampuhan jentera pertahanan diketuai Fazly Mazlan.

Juara edisi 2015 berjaya mencipta gol ketiga di penghujung masa kecederaan melalui sentuhan penyerang import, Gabriel Guerra untuk keputusan berakhir 3-0.

Sementara itu, JDT kini berada di posisi kedua Kumpulan F dengan mengutip 10 jauh meninggalkan Beoungket di tangga ketiga dengan empat mata.

Berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan menentang Magway FC 3 Mei depan, Harimau Selatan sudah menempah slot untuk layak ke pusingan seterusnya.

 

Lihat Komen