malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
KJ yakin TMJ akan corakkan masa depan bola Malaysia
Diterbitkan:  Mar 23, 2017 2:34 PM
Dikemaskini: 6:37 AM
ADS

Pemilihan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu bakal mencorakkan semula sukan itu di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ia boleh dilihat menerusi visi dan misi yang dijelaskan Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi kempen yang dijalankannya untuk jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara.

"Saya ucapkan tahniah kepada TMJ atas kemenangannya sebagai Presiden FAM. Saya yakin Tunku Ismail mempunyai visi dan lebih penting lagi keupayaan yang tinggi untuk mencorak masa depan bola sepak negara," kata Khairy kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menjadi antara anggota panel dalam forum "Delivering Promises: The Malaysia Case Study" di ibu negara hari ini.

Tunku Ismail beroleh kemenangan selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa, yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, mengambil keputusan menarik diri daripada perebutan jawatan tertinggi itu.

- Bernama

Lihat Komen