malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Bapa Aidil, Zaquan meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 21, 2017 7:09 PM
Dikemaskini: 11:39 AM
ADS

Khalayak bola sepak negara hari ini dikejutkan dengan berita pemergian bapa kepada pasangan pemain kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha.

Berita sedih itu disahkan melalui kenyataan dan ucapan takziah kelab JDT melalui Facebook rasminya, sebentar tadi.

"Kami mewakili JDT mengucapkan salam takziah kepada keluarga almarhum Abdul Radzak Salleh, bapa kepada Aidil Zafuan dan Zaquan Adha yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 Mac 2017.

"Semoga dicucuri rahmat ke atas roh almarhum. Al-Fatihah," tulis kenyataan itu.

Zaquan Adha yang juga bekas pemain JDT kini berada di Manila bersama skuad Harimau Malaysia dalam misi perlawanan persahabatan menentang Filipina, esok.

Terdahulu, kedua-dua mereka turut membuat pengumuman pemergian ayahanda tercinta di Facebook.

"Ayahanda saya baru sahaja kembali kepada pencipta. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," tulis mereka.

Sementara itu, menurut Facebook S2 Football Club - Grassroot Football Academy, jenazah arwah dijangka akan dikebumikan pada jam 11.00 pagi esok di Makam Tuan Hj Said, Seremban.

S2 Football Club - Grassroot Football Academy merupakan akademi Bola Sepak Negeri Sembilan yang dinaungi Aidil dan Zaquan.

Lihat Komen