malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Schweinsteiger tinggalkan Old Trafford
Diterbitkan:  Mar 21, 2017 4:38 PM
Dikemaskini: 8:57 AM
ADS

Bastian Schweinsteiger dilaporkan tidak lagi bersama Manchester United (Man U). Penyerang kelahiran Jerman itu dikatakan sudah dilamar secara rasmi kelab Liga Amerika Syarikat, Major League Soccer (MLS).

Menurut laporan Chicago Tribune, pemain itu diikat kontrak kelab Chicago Fire selepas perjumpaan dengan pengurusnya, Veljko Paunovic pada November lalu.

"Kami menambah seorang (pemain) yang sudah mengecapi kejuaraan di pelbagai peringkat, termasuk tahap tertinggi.

"Kami sebagai sebuah kelab kini mendorong diri sendiri ke tahap lebih tinggi, satu tahap yang dapat digalas," kata Pengarah Fire, Nelson Rodriguez," dipetik sebagai berkata.

Laporan itu turut menyatakan Schweinsteiger bersetuju dengan kontrak setahun dan pilihan tambahan setahun dengan bayaran USD 4.5 juta (RM20 juta).

Sementara itu Schweinsteiger berkata, sepanjang karier dia mencari peluang untuk memberi kesan positif dan membantu (kelab) melakukan sesuatu yang hebat.

"Begitu juga dengan perpindahan ke Chicago Fire. Melalui perbincangan dengan Nelson dan Pauno, saya yakin dengan visi dan falsafah kelab dan saya mahu membantu mereka," katanya.

Sepanjang musim ini bersama Man U, pemain berusia 32 tahun itu kurang menarik minat pengurusnya, Jose Mourinho.

Dia dijangka menyarung jersi Fire pada minggu hadapan selepas selesai urusan visa dan ujian kesihatan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan lanjut daripada pengurusan Man U berhubung perpindahan pemain tersebut.
 

Lihat Komen