malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
ADS

Dengan berbaki satu perlawanan lagi minggu depan di Taiwan, peluang Dragons untuk layak ke play off atau perlawanan separuh akhir semakin hampir.

Antara pasukan lain yang turut berebut slot terakhir termasuk Kaohsiung Truth, Alab Pilipinas dan Saigon Heat.

Joshua Munzon ungguli pungutan mata denga 28 mata, 7 rebound dan 4 assist manakala Skylar Spencer mendapat 26 mata, 11 rebound.

Kiwi Gardner dan Wong Yi Hou masing-masing mendapat 20 dan 12 mata.

Ketiadaan ketua jurulatih Christopher Thomas di perlawanan tidak menghalang Dragons untuk melangkah ke pusingan play off. Beliau direhatkan akibat hukuman teknikal ketika perlawanan di Filipina minggu lalu.

"Kedua-dua pasukan dalam kedudukan yang kurang baik (untuk layak ke play off). Kami sangat gembira dengan persembahan Dragons kali ini.

"Kelemahan utama Dragons dalam musim ini adalah keupayaan pemain kekal fokus dalam setiap perlawanan. Mereka tidak mampu memberi fokus penuh," kata penolong jurulatih Goh Cheng Huat.

Goh yang juga ketua jurulatih pasukan kebangsaan berkata, mereka cukup bernasib baik kerana dapat mengembalikan penguasaan.
"Kaohsiung Truth hampiri Dragons dengan 2 mata, tetapi mampu kembali dengan lebih 20 mata," tambahnya.

Truth yang kelihatan kurang 'bermaya' dalam siri perlawanan ini bermula agak perlahan dan memberikan peluang yang baik untuk Dragons mengawal ritma. Yi Hou masih mengekalkan prestasi baik sejak perlawanan lalu di Manila dan mengutip enam mata pada awal suku pertama.

Dragons menguasai suku pertama dengan 9 mata, 27-18. Wakil Malaysia itu tidak ghairah melakukan percubaan untuk jaringan tiga mata dalam suku pertama apabila mendapat dua daripada enam percubaan.

Prestasi pasukan Taiwan itu dalam suku kedua semakin kurang menyerlah walaupun pada suatu masa, jaringan Raymar Jose dan Jay Wey mendekati Dragons dengan perbezaan dua mata sahaja, 32-30.

Namun, hasil strategi pertahanan dan serangan balas Dragons, gandingan Kiwi Gardner, Joshua Munzon dan Skylar Spencer menjarakkan penguasaan pasukannya pada akhir separuh masa pertama dengan beza 19 mata, 49-30.

Dalam permulaan separuh masa kedua, Dragons memulakan langkah untuk menjarakkan penguasaan mereka terhadap lawan sebelum menamatkan suku ketiga dengan 74-52.

Masa berbaki lima minit terakhir, Goh ebrtindak menukarkan barisan pemain dengan pemain tempatan sehingga wisel penamat.

Dragons akan bertemu Kaohsiung Truth sekali lagi untuk aksi timbal balas pada 25 Mac di Taiwan.
 

Lihat Komen