malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Angkat berat: M'sia raih emas ketiga di Australia
Diterbitkan:  Mar 18, 2017 5:34 PM
Dikemaskini: 9:36 AM
ADS

Atlet angkat berat negara, Mohamad Fazrul Azrie Mohdad meraih pingat emas ketiga untuk Malaysia pada Kejohanan Angkat Barat Antarabangsa dan Terbuka Australia 2017 yang berlangsung di Stadium Angkat Berat Eleiko Victorian di Melbourne hari ini.

Atlet berusia 21 tahun di bawah program "Kita Juara" melakukan jumlah angkatan 312kg dalam kategori 77kg untuk memenangi emas, menurut laman web Persekutuan Angkat Berat Australia website;www.awf.com.au.

"Kami Juara" ialah program khas yang dilancarkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai persediaan untuk agtlet negara mencapai kecemerlangan pada Sukan SEAN 2017 di Kuala Lumpur pada Ogos.

Atlet angkat berat Australia, Francois Etoundi dan atlet angkat berat Kiribati, masing-masing menggondol perak dan gangsa dengan jumlah angkatan 306kg dan 303kg.

Malaysia meraih dua pingat emas pada hari perasmian kejohanan itu semalam melalui Mohd Azroy Hazal Wafie dalam kategori 56kg dan Mohd Hafifi Mansor dalam kategori 69kg.

Dalam pada itu, Malaysia memperoleh pingat perak melalui Mohd Zaidi Mohd Nordin dalam kategori 62kg.

Kejohanan itu yang berakhir esok menjadi kejohanan kelayakan bagi Sukan Komanwel 2018 yang akan berlangsung di Gold Coast, Australia.

-Bernama

Lihat Komen