malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Zidane tidak sabar berdepan kelab Ancelotti
Diterbitkan:  Mar 18, 2017 2:27 PM
Dikemaskini: 6:33 AM
ADS

Pengurus Real Madrid mengakui betapa dia tidak sabar untuk menanti perlawanan suku akhir Liga Juara-juara (UCL) berdepan kelab bimbingan bekas bosnya.

Kelab bimbingan Zinedine Zidane itu diundi berdepan Bayern Munich yang kini di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Perlawanan itu menyaksikan pertemuan semula Zidane dan Ancelotti selepas sama-sama berada di Madrid sebelum ini.

Zidane merupakan penolong Ancelotti yang membimbing skuad Los Blancos sebelum ini dan muncul juara UCL 2014.

Selepas kejayaan itu, Ancelotti berhijrah ke Munich manakala Zidane menggantika posisinya sekali gus mempertahankan kejuaraan pada musim lalu.

"Benar perlawanan bertemu kelab Ancelotti akan menjadi keistimewaan. Saya banyak belajar dari pasukannya. Dia seorang jurulatih yang banyak mengubah perkara besar kelab dan peribadinya juga baik," kata Zidane seperti dilaporkan goal.com.

"Saya bertuah boleh rapat dengannya. Saya sangat senang kami akan bertemu pada perlawanan yang bakal sengit nanti," tambah jurulatih kelahiran Perancis itu.

Bagaimanapun bekas bintang Madrid itu tetap mengakui Munich adalah kelab yang kuat walaupun mereka tidak perlu takut dengan kelibat Xabi Alonso dan rakan-rakannya.

"Mereka adalah pasukan yang kuat dan tampil bagus. Perlawanan nanti bakal menjadi menarik bagi penyokong dan dunia bola sepak katanya.
 

Lihat Komen