malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Pemain Pahang didenda kerana tunjuk jari tengah
Diterbitkan:  Mar 17, 2017 4:33 PM
Dikemaskini: 8:52 AM
ADS

Pemain Pahang, Ahmad Syamim Yahya didenda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gara-gara menunjukkan isyarat lucah.

Perbuatan tersebut dilakukan pemain itu pada perlawanan Liga Super 2017 di antara Melaka menentang Pahang di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 25 Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Kang Hwee Gee berkata, tindakan pemain berusia 26 tahun itu dilakukan ketika perlawanan disiarkan secara langsung dan ditonton secara umum.

"Pemain telah didapati bersalah kerana melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM 2015 berkaitan kelakuan yang menyinggung dan 'Fair Play'," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, bekas pemain Felda United itu digantung satu perlawanan ketika skuad Tok gajah berdepan Kelantan 8 April depan.

Selain itu, dia turut didenda RM500 dan diberi amaran keras serta hukuman yang lebih berat jika mengulangi kesalahan yang sama.

Keputusan itu dibuat jawatankuasa tersebut yang bermesyuarat semalam.

Ahmad Syamim sebelum ini dilaporkan telah memohon maaf kepada semua pihak termasuk penyokongnya atas perbuatan spontan itu.

Katanya, isyarat itu ditujukan kepada bekas rakan sepasukan sebagai satu gurauan dan dia terlupa perlawanan itu disiar secara langsung.
 

Lihat Komen