malaysiakini logo
story-image
ADS

Jika dua penjuru melibatkan pertandingan calon presiden FAM, saingan sengit juga membabitkan calon timbalan presiden dengan perebutan tiga calon pada Kongres ke-53, 25 Mac depan.

Daripada dua penyandang kerusi timbalan, hanya Datuk Seri Afandi Hamzah tampil bertanding untuk mempertahankan jawatannya, manakala Datuk Mohktar Ahmad sedia berundur.

Afandi akan dicabar Timbalan Presiden Persatuan bola sepak Melaka, Datuk Mohd Yusof Mahadi dan bekas naib presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.

Selain itu, seorang lagi calon yang disebut-sebut iaitu Datuk Rozabil Abdul Rahman membuat keputusan untuk menarik diri.

‎Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ‎pada sidang media selepas mesyuarat terakhir exco sesi 2014/2017 di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Senarai penuh pencalonan kepimpinan tertinggi FAM sesi 2017/2021, Kongres ke-53.

Calon presiden:

1) Tunku Ismail Sultan Ibrahim
2) Tan Sri Annuar Musa

Calon timbalan presiden:

1) Datuk Mohd Yusoff Mahadi
2) Datuk Seri Afandi Hamzah
3) Datuk ‎Seri Subahan Kamal

Calon naib presiden:

1) Datuk Zainol Fadzli Paharudin
2) Datuk Sivasundaram‎ Sithamparam Pillai
3) Mohd Joehari Mohd Ayob
4) Datuk Ab Ghani Hassan
5) Datuk Takiyuddin Hassan
6) Datuk Rosmadi Ismail
7) Datuk Shamsul Anwar Sulaiman
8) Datuk Astaman Abdul Aziz
9) Marzuki Sulong

Calon ahli FAM:

1) Abdul Aziz Yeop Jamaluddin
2) Supritenden Mohd Dali Wahid
3) Datuk Azril Mat Drus
4) Subkhiddin Mohd Salleh
5) Mohd Firdaus Mohamed
6) Christopher Raj Avalanthu
7) Datuk Jeffrey Low Han Chau
8) Datuk Azisman Alias
9) Datuk Amiruddin Omar
10) Datuk Muhammmad Yadzan Mohammad
11) Isham Shahrudin
12) Nik Ahmad Yaakub
13) Mohd Jamil Zakaria
14) Nokman Mustafa
15) Datuk Mazelan Kasap

Calon ahli wanita FAM:

1) Sharizah Umamah Abdul Mutalib
2) Roselina Idrus
3) Datuk Norhuda Ahmad
4) Tuan Nah Nik Him
5) Normala Yusoff
6) Datuk Suraya Yaacob
7) Isfarina Mohd Bali

Lihat Komen