malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Insiden bom petrol: Ada udang sebalik batu?
ADS

Zairil Khir Johari melahirkan rasa terkejut susulan kejadian pejabat Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) di Jalan Sepoy Lines, George Town, dibaling bom petrol semalam.

Presiden persatuan itu berkata, pihaknya kesal dengan keganasan individu tidak bertanggungjawab itu.

"Kritikan adalah jalan terbaik untuk mempersoal prestasi pasukan, tetapi keganasan adalah satu jenayah," katanya kepada Malaysiakini.

Anggota parlimen Bukit bendera itu berkata, pihaknya tidak menolak ada udang di sebalik batu di sebalik kejadian itu.

"Berdasarkan maklumat kami ada, kita percaya sebahagian peminat tertentu telah mewujudkan suasana kurang baik.

"Mungkin ada udang di sebalik batu, tetapi buat masa ini kami bekerjasama dan serahkan kepada pihak polis," katanya.

Ditanya sama ada terdapat motif politik susulan pelantikannya sebagai presiden FAP, Zairil bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Saya tak boleh cakap begitu, tetapi sudah tentu terdapat unsur dari luar bola sepak," katanya berseloroh.

Pagi ini, kakitangan FAP mendapati kesan kebakaran dan sisa botol kaca pecah di kawasan pejabat FAP.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya menemui bukti bom petrol di atas tanah.

Katanya, tiada saksi ketika kejadian malah pejabat itu juga tidak mempunyai kamera litar tertutup dan pengawal keselamatan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen