malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Skuasy: Saingan M'sia di kejohanan berpasukan wanita dunia berakhir
Diterbitkan:  Dec 2, 2016 5:30 PM
Dikemaskini: 9:33 AM
ADS

Saingan Malaysia untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2016 berakhir selepas tewas kepada pasukan pilihan keempat Hong Kong.

Dalam perlawanan suku akhir yang dipindahkan ke gelanggang kaca Palais Des Sports Robert Charpentier di Paris, Perancis, pada Khamis, pasukan negara diketuai pemain nombor lima dunia, Datuk Nicol David, kalah kepada Hong Kong 1-2.

Delia Arnold, yang dinobatkan sebagai juara kebangsaan baru-baru ini, memulakan saingan namun terpaksa tunduk kepada Joey Chan selepas berhempas pulas dalam perlawanan lima set, 11-8, 5-11, 11-9, 3-11 dan 6-11, yang berlanjutan selama 57 minit.

Nicol kemudiannya menyamakan kedudukan 1-1 selepas mengalahkan Annie Au menerusi straight set 11-7, 11-2 dan 11-4 dalam masa 27 minit.

Dalam perlawanan ketiga, bintang Malaysia yang semakin menyinar, S.Sivasangari tewas 1-3 kepada Tong Tsz Wing 9-11, 17-15, 11-13 dalam perlawanan yang berlangsung selama 56 minit.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan itu adalah tempat kedua semasa acara itu berlangsung di Kanada pada 2014.

Pasukan negara berada di tempat ketiga dalam empat edisi terdahulu – 2006, 2008, 2010 dan 2012.

- Bernama

Lihat Komen