malaysiakini logo
story-image
ADS

Pemain profesional Malaysia, Liew Daren mencipta kejutan untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau di Tap Seac Multisport Pavilion, semalam.

Pemain bukan pilihan itu menewaskan pilihan kelapan, Wei Nan dari Hong Kong 21-13, 21-15 di pusingan kedua, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Daren akan berdepan Muhammad Bayu Pangisthu di pusingan ketiga, esok, selepas pemain muda Indonesia itu menumpaskan pemain India, Sameer Verma 21-18, 21-13.

Bekas pemain negara, Tan Chung Seang juga mara ke pusingan seterusnya selepas membenam pemain Taiwan, Shih Kuei Chun 21-11, 21-7 di pusingan kedua.

Pemain perseorangan lelaki kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, bagaimanapun gagal mara ke pusingan ketiga selepas tumpas 8-21, 23-21, 19-21 kepada pemain pilihan kelima, Vincent Wong Wing Ki dari Hong Kong.

Seorang lagi pemain Malaysia, Yeoh Kay Ee juga mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selepas lawannya, Angus Ng Ka Long dari Hong Kong menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan.


Keputusan:
Perseorangan Lelaki
Pusingan Kedua:

  • Liew Daren mn Wei Nan (HKG) 21-13, 21-15
  • Tan Chung Seang mn Shih Kuei Chun (TPE) 21-11, 21-7
  • Vincent Wong Wing Ki (HKG) mn Iskandar Zulkarnain Zainuddin 21-8, 21-23, 21-19
  • Yeoh Kay Ee mn [5] Angus Ng Ka Long (HKG) (Yeoh memenangi perlawanan selepas Ng menarik diri)

Beregu Lelaki
Pusingan Pertama:

  • Ong Yew Sin/Teo Ee Yi mn Mak Hee Chun/Yeung Shing Choi (HKG) 23-21, 21-16
  • Hoon Thien How/Teo Kok Siang mn Wahyu Nayaka Arya Pankaryanira/Giovani Dicky Oktavan (INA) 12-21, 21-15, 21-17
  • Lim Khim Wah/Ong Jian Guo mn Lin Chia Hao/Lin Chia Hsuan (TPE) 22-20, 13-21, 21-11

Perseorangan Wanita
Pusingan Pertama:

  • Goh Jin Wei mn Hsu Ya Ching (TPE) 25-23, 17-21, 21-11
  • Cai Yanyan (CHN) mn Ho Yen Mei 13-21, 21-13, 23-21
  • Tee Jing Yi mn Erlina Kurnianti (INA) 21-12, 21-10


Beregu Wanita
Pusingan Pertama:

  • Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean mn Chang Ya-Han/Lin Tsun Yu (TPE) 21-12, 21-15
  • Anggia Shitta Awanda/Mahadewi Istirani Ni Ketut (INA) mn Payee Lim Peiy Yee/Lim Peiy Zhean 21-10, 21-14

Beregu Campuran
Pusingan Pertama:

  • Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mn Fernando Kurniawan/Devi Tika Permatasari (INA) 21-17, 21-19
  • Tan Kian Meng/Lai Pei Jing mn Law Cheuk Him/Ng Wing Yung (HKG) 21-18, 21-16.

- Bernama

Lihat Komen