malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Malaysia raih emas, perak dalam kejohanan Dodgeball
Diterbitkan:  Oct 23, 2016 4:33 PM
Dikemaskini: 8:39 AM
ADS

Malaysia merangkul dua pingat bagi kategori lelaki dan wanita dalam Kejohanan Dodgeball Sedunia yang berlangsung di Melbourne Asutralia semalam.

Mengikut laman Facebook rasmi kejohanan itu malam tadi, pasukan wanita Malaysia menewaskan Kanada untuk pingat emas dengan kemenangan tipis 6-5 manakala pasukan Amerika Syarikat memperoleh gangsa.

Sementara itu, pasukan lelaki Malaysia meraih pingat perak selepas tewas pada pusingan akhir malam tadi dengan pasukan Kanada. Pasukan Australia memenangi pingat gangsa bagi kategori lelaki.

Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) berkata ia berharap untuk membawa pulang dua pingat emas tahun depan.

"Satu emas dan satu perak.. Tahun depan kami akan bawa pulang dua emas. Sekali lagi kami lakukan yang terbaik dan kami berharap Malaysia berbangga," katanya dalam laman Facebook rasminya.

Empat hari kejohanan semalam diluluskan oleh Persekutan Dodgeball Sedunia melibatkan 12 pasukan bertanding.

April lalu, pasukan lelaki Malaysia menjadi naib juara kejohanan Dodgeball pada Piala Dunia di England, manakala pasukan wanita mara di peringkat akhir dalam perlawanan itu yang diluluskan oleh Persatuan Dodgeball Sedunia (WDA).

Lihat Komen