malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
KM Melaka cadang TMJ ambil alih jawatan presiden FAM
ADS

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mencadangkan agar Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jawatan nombor satu FAM itu akan menjadi kosong selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan anggota baharu FAM pada pertengahan tahun depan.

Idris, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, berkata kejayaan TMJ dalam mengurus dan mentadbir pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sehingga merangkul gelaran Liga Super sebanyak tiga musim berturut-turut, patut diberi perhatian sewajarnya.

TMJ merupakan calon paling layak menerajui FAM berdasarkan pencapaian yang telah dikecapi oleh baginda dalam mengurus tadbir kelab JDT, menyediakan prasarana dan pembangunan bola sepak, katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat exco negeri, di Melaka hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, pihaknya akan memberi tiket percuma kepada penyokong menyaksikan perlawanan muktamad Liga Perdana antara Melaka United dengan Sime Darby di Stadium Hang Jebat di sini, pada pukul 9 malam, 22 Okt ini.

"Saya menjangkakan lebih 30,000 penonton akan menyaksikan perlawanan itu di mana Melaka United akan dinobatkan sebagai juara Liga Perdana," katanya.

- Bernama

Lihat Komen